Isu peniaga menyimpan barangan keperluan seperti minyak paket atau gula sudah sering kali berlaku.
Meskipun sudah berulang kali diberitahu bahawa tindakan itu adalah salah namun ada yang mengambil sikap sambil lewa demi kepentingan diri sendiri.
Perkara sama turut berlaku di Melaka apabila terdapat sebuah restoran mamak di Jelatang, Alor Gajah yang bertindak menyimpan barangan kawalan seperti minyak paket dan juga gula.
Aktiviti haram mereka itu terkantoi selepas restoran terbabit diserbu oleh pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka, semalam (12 Disember).
Serbuan di restoran berkenaan telah dilakukan pada jam 1 tengah hari dan mendapati restoran berkenaan menyorokkan sebanyak 750 kilogram (kg) gula serta minyak paket bersubsidi di beberapa lokasi tersembunyi.
Pengarahnya, Norena Jaafar memaklumkan serbuan berkenaan dibuat selepas pihaknya menerima aduan bahawa restoran berkenaan didakwa menyorok serta menggunakan barangan kawalan.
Susulan daripada aduan yang diterima, sepasukan penguat kuasa kemudian telah melakukan penyamaran untuk menyerbu premis terbabit.
“Hasil daripada serbuan dilakukan di tingkat atas premis itu kita menemukan lebih 300 kg gula pasir bersubsidi dan 250 paket minyak masak sekilogram setiap satu.
“Malah semakan lanjut dilakukan juga mendapati wakil premis gagal mengemukakan sebarang dokumen atau permit kebenaran menyimpan barang kawalan berjadual di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961,” jelasnya, lapor Berita Harian.
Ujarnya lagi, tindakan restoran terbabit telah menjejaskan 133 isi rumah yang layak untuk mendapatkan barangan bersubsidi tersebut di kawasan berkenaan.
“Meskipun hasil dari soal tanya ke atas pekerja premis, dia mendakwa barangan itu adalah untuk kegunaan perniagaan mereka namun ia tidak dibenarkan kerana ia adalah untuk kegunaan isi rumah.
“Seperti minyak yang dirampas ini, ia sebenarnya hak subsidi yang boleh digunakan untuk 133 isi rumah dan bukannya bagi tujuan perniagaan,” ujarnya.
Tambah Norena, pihaknya akan mengambil tindakan serta tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang mahu mengambil kesempatan untuk menyembunyikan barangan kawalan dan bersubsidi.
“Di bawah Peraturan 18, Peraturan-peraturan Kawalan Bekalan (Pindaan) 2021, ia mewajibkan mana-mana pihak bagi tujuan perdagangan yang membeli dan menyimpan minyak masak melebihi 12 kilogram perlu memiliki permit daripada KPDN.”
Menurut Ketua Jabatan Perangkaan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir setakat suku pertama tahun 2024…
Jelas Wan, anaknya sebelum ini telahpun meminta izin untuk menggunakan kenderaan miliknya, namun dia belum…
Menerusi video yang tular di media sosial, kelihatan peserta dapat mengenali antara satu sama lain…
Kanak-kanak berkenaan turut menganggap hari itu merupakan hari Khamis ketika disoal oleh ibunya sedangkan hari…
Pemindahan wang simpanan ke dalam Akaun Fleksibel boleh dilakukan bermula kelmarin (12 Mei) hingga 31…
Menurut pejuang kanser itu dia mengalami rasa sakit di bahagian tulang belakang bagi tempoh yang…