Tentera Israel Mula Pam Air Laut Ke Dalam Terowong Hamas Di Gaza

Tentera Israel sudah mula memasukan air laut ke dalam terowong bawah tanah Hamas di Gaza, kata dua pegawai Amerika Syarikat (AS) yang mengesahkan tentang perkara itu kepada ABC News.

Pembanjiran terowong itu bagaimanapun mungkin terhadap kerana Israel sedang menilai keberkesanan strategi ini.

IDF tidak beri sebarang kenyataan tentang perkara itu secara umum

Tindakan membanjiri terowong pejuang Hamas itu pertama kali dilaporkan oleh The Wall Street Journal susulan pasukan Pertahanan Tentera Israel (IDF) tidak membuat sebarang kenyataan secara umum mengenai perkara tersebut.

ABC News juga sebelum ini melaporkan bahawa Israel sedang menerokai pelbagai pilihan untuk menghancurkan terowong berkenaan termasuk membanjirinya dengan air laut.

Segelintir pihak bimbang, ia mampu beri kesan buruk terhadap alam sekitar

Bagaimanapun, pendekatan terbabit telah membimbangkan segelintir pihak kerana ia mampu memberi kesan buruk terhadap alam sekitar untuk jangka masa panjang dan implikasi lain bagi penduduk di Gaza.

Untuk info, pada tahun 2015, Mesir menggunakan air laut untuk membanjiri terowong di bahagian selatan wilayah itu bagi mengganggu aktiviti penyeludupan.

Namun tindakan itu menyebabkan terdapatnya aduan tentang kerosakan rumah serta tanaman selain bekalan air juga tercemar.

Joe Biden tak tahu ada tawanan atau tidak di dalam terowong Hamas

Dalam pada itu, Presiden AS Joe Biden pula berkata beliau tidak pasti sama ada terdapat tahanan di dalam terowong terbabit selepas mendengar berita mengenai tentera Israel sudah mula membanjir beberapa kawasan berkenaan.

“Ada kenyataan yang mengatakan mereka (tentera Israel) cukup yakin tidak ada tahanan di mana-mana terowong itu, tetapi saya tidak tahu itu dengan pasti,” katanya kepada wartawan semalam (12 Disember).

Terdahulu, Israel didakwa memasang sistem pam air besar yang berkemungkinan digunakan untuk membanjiri terowong Hamas di Gaza dengan air laut.

Baca Artikel Berkaitan: Organisasi Dunia Dikecam, Didakwa Beri Mainan Berbentuk Makanan Kepada Kanak-Kanak Palestin

Baca Artikel Berkaitan:

Recent Posts

  • Dunia
  • Trending

Gara-gara Wanita Letak Kereta Di Tempat Tak Sepatutnya, Nama Malaysia Jadi Sebutan Di Jepun

Ekoran daripada insiden 'double park' tersebut, kontraktor di Jepun terpaksa mengambil masa selama 3 jam…

3 hours ago
  • Trending

Pelari Menara Terbaik Dunia Bawa 1 Beg ‘Jajan’ Dari Malaysia Untuk Kongsi Dengan Atlet Negara Lain

Antara snek zaman kanak-kanak yang dibawa di dalam bagasi Soh Wai Ching adalah keropok jenama…

3 hours ago
  • News
  • Trending

Guru Didakwa Tampar, Tumbuk & Cekik 4 Pelajar Hanya Kerana Diintai Ketika Sedang Merokok

Guru sekolah agama berkenaan didakwa turut memarahi dan melemparkan kata-kata kesat kepada beberapa orang murid…

3 hours ago
  • Trending

Pelancong China Kecewa Bercuti Di Malaysia, Badan Basah Kuyup Gara-gara Hujan Tak Henti

Pelancong dikenali sebagai Xiao Huihui itu mengeluh selepas terpaksa meredah hujan lebat ketika bersiar-siar di…

4 hours ago
  • Trending

Kereta Terpaksa Jalan Mengundur Gara-gara Kamera Di Palang Parkir ‘Gagal’ Imbas Nombor Plat [Video]

Jelas pemilik kereta, dia terpaksa meletakkan nombor plat di bahagian depan kiri kerana ruangan tengah…

4 hours ago
  • Trending

Pelajar Gigih Ulang Kaji Pelajaran Bawah Lampu Jalan Curi Perhatian Netizen [Video]

Menurut beberapa netizen, pelajar yang belajar di bawah lampu jalan itu merupakan penuntut dari Universiti…

5 hours ago