Organisasi Dunia Dikecam, Didakwa Beri Mainan Berbentuk Makanan Kepada Kanak-Kanak Palestin
Segelintir netizen mendakwa organisasi itu seakan sedang mempersendakan kesakitan dan penderitaan yang dialami oleh penduduk di Gaza terutamanya golongan kanak-kanak yang di ambang kebuluran.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Sebuah organisasi dunia, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) teruk menerima kecaman orang ramai selepas didakwa memberi mainan berbentuk makanan kepada kanak-kanak di Gaza, Palestin.
Perkara itu mula mendapat perhatian di seluruh dunia apabila seorang warga Palestin yang dikenali sebagai Muhammad Smiry memuat naik gambar hadiah tersebut di akaun X (Twitter) miliknya.
Mainan bentuk makanan-makanan di atas dulang
Menerusi gambar di ciapannya (@MuhammadSmiry), kelihatan jelas hadiah mainan itu lengkap dengan pelbagai jenis makanan di atas dulang seperti kentang goreng, burger, aiskrim, susu, dan nuget ayam.
Malah Muhammad Smiry juga seakan mempersoal tindakan organisasi yang didakwanya sebagai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu memberi hadiah mainan berbentuk makanan berbanding memberi makanan yang sebenar.
“Daripada memberi anak-anak kita (Palestin) makanan sebenar, PBB memberi mereka mainan yang kelihatan seperti makanan,” ciapnya.
Instead of giving our children food,
— Muhammad Smiry 🇵🇸 (@MuhammadSmiry) December 7, 2023
The UN is giving them toys that look like food. #Gaza pic.twitter.com/7tA4tNv9aX
Ciapan tersebut yang sohor di media sosial telah menimbulkan kemarahan rata-rata pengguna media sosial terhadap tindakan organisasi dunia terbabit.
Organisasi terbabit seakan mempersenda kesakitan dan penderitaan kanak-kanak di Gaza
Mereka mendakwa organisasi itu seakan sedang mempersendakan kesakitan dan penderitaan yang dialami oleh penduduk di Gaza terutamanya golongan kanak-kanak.
Tidak hanya itu, ada juga yang menyifatkan tindakan sedemikian seakan tidak berperikemanusian kerana tidak menyedari bahawa kanak-kanak di Gaza juga mengalami krisis kebuluran kerana kekurangan sumber makanan dan air.
“Sebuah organisasi yang tidak peka dengan keadaan semasa, semakin hari semakin memalukan,” komen seorang pengguna X dikenali sebagai Ahmed Shafeeq.
Selain itu, ada yang mendakwa bahawa kos untuk membuat nuget ayam plastik itu lebih tinggi berbanding menghasilkan nuget ayam yang sebenar.
this is so horrible. it is like mocking the pain and suffering of the people over there.💔💔💔
— N. (@itsallbakwas) December 7, 2023
How insensitive and an inhuman act and does not realize that people need real food . I didn’t know that @UN are also making fun of their helplessness
— Azaadi (@Kini27339805) December 7, 2023
The irony here being that plastic chicken nuggets will absolutely cost more to produce than actual chicken nuggets.
— Ryan Badger (@ryanseanbadger) December 7, 2023
this is so disgusting @UN y’all are horrible people
— Sabrine🦋 Free 🇵🇸 (@whoisitbad) December 7, 2023