Kementerian Kesihatan Malaysia hari ini (18 Disember) menyatakan tiada cadangan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) meskipun jumlah jangkitan Covid-19 di Malaysia semakin meningkat.
Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad yang baru dilantik semula berkata, keadaan penularan Covid-19 di negara ini masih berada dalam keadaan terkawal.
“Secara keseluruhannya dalam berdepan kegusaran ini, walaupun terdapat peningkatan kes Covid-19 yang dilaporkan, keadaan semasa di Malaysia masih berada dalam keadaan terkawal,” katanya.
Menurutnya, jumlah keseluruhan kes Covid-19 pada Minggu Epidemiologi ke-50 (ME 50/2023) itu telah mencecah sebanyak 20,696 kes setakat 12 tengah hari, 16 Disember.
Kata Dr Dzulkefly, jumlah kes Covid-19 yang berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah sebanyak 151 pesakit di mana 96 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilation).
Justeru, untuk menangani peningkatan ini, Dr. Dzulkefly berkata kerajaan telah menyiapkan lima strategi bagi menghadapi peningkatan kes Covid-19 di Malaysia.
Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan kerajaan akan memberikan ubat Antiviral Paxlovid kepada pesakit Covid-19 yang berisiko tinggi.
Bagaimanapun, beliau berkata KKM akan memberikan Antiviral Paxlovid ini di fasiliti kesihatan yang menyediakannya kepada golongan yang memenuhi kriteria untuk mendapatkan ubat tersebut.
“Lakukan ujian segera, sekiranya bergejala dan ke fasiliti kesihatan berhampiran untuk dapatkan rawatan Antiviral Paxlovid bagi mereka yang memenuhi kriteria.
“Jadi bagi mereka yang ada indikasi untuk mendapatkan rawatan ini, anda akan mendapatkannya (Antiviral Paxlovid). Ia bukan murah, tetapi andainya diperlukan, fasiliti kesihatan kita akan membayarnya,” katanya lagi.
Menurutnya lagi, kerajaan juga menyarankan orang ramai agar melakukan langkah-langkah bagi mencegah penularan virus ini daripada menjangkiti diri dan terus merebak.
Terdahulu semalam (17 Disember) Covid19Place menerusi akaun Twitter melaporkan terdapat 20,696 kes Covid-19 dengan 28 angka kematian dicatatkan bagi Minggu Epidemiologi ke-50 (ME 50/2023) iaitu dari 10 hingga 16 Disember.
Peningkatan sebanyak 7,939 kes ini berbanding minggu sebelumnya menjadikan kes aktif pada waktu ini menjadi sebanyak 28,375.
Infografik ini turut diulang ciap Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad di akaun Twitter miliknya.
Jelas penyanyi nombor satu negara itu, sekiranya seseorang mahu menegur, ia harus dilakukan dengan beradab…
Menerusi video, turut kelihatan peniaga gerai makan tersebut meletakkan seekor ayam di atas dulang yang…
Kejadian dipercayai berlaku pada awal pagi tadi (16 Mei) sebelum penemuan harimau belang itu dilaporkan…
Hasil siasatan dilakukan mendapati pihak restoran terbabit menerima pesanan mengandungi ayat menghina Islam menerusi sebuah…
Menurut kenyataan itu, ia berikutan hospital berkenaan berhadapan dengan masalah kekurangan doktor yang kebanyakannya telah…
Lelaki itu turut menasihati pemandu agar tidak kembali ke kenderaan jika semata-mata untuk melihat kebakaran…