fbpx
Now Reading
Tiada Cadangan Laksana PKP, KKM Umum 5 Strategi Tangani Peningkatan Kembali Kes Covid-19

Tiada Cadangan Laksana PKP, KKM Umum 5 Strategi Tangani Peningkatan Kembali Kes Covid-19

Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad, memberi jaminan keadaan penularan Covid-19 di negara ini masih berada dalam keadaan terkawal.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kementerian Kesihatan Malaysia hari ini (18 Disember) menyatakan tiada cadangan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) meskipun jumlah jangkitan Covid-19 di Malaysia semakin meningkat.

Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad yang baru dilantik semula berkata, keadaan penularan Covid-19 di negara ini masih berada dalam keadaan terkawal.

“Secara keseluruhannya dalam berdepan kegusaran ini, walaupun terdapat peningkatan kes Covid-19 yang dilaporkan, keadaan semasa di Malaysia masih berada dalam keadaan terkawal,” katanya.

Jumlah kes Covid-19 cecah 20,696 setakat ini

Menurutnya, jumlah keseluruhan kes Covid-19 pada Minggu Epidemiologi ke-50 (ME 50/2023) itu telah mencecah sebanyak 20,696 kes setakat 12 tengah hari, 16 Disember.

Kata Dr Dzulkefly, jumlah kes Covid-19 yang berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah sebanyak 151 pesakit di mana 96 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilation).

5 Strategi bagi menghadapi peningkatan kes Covid-19

Justeru, untuk menangani peningkatan ini, Dr. Dzulkefly berkata kerajaan telah menyiapkan lima strategi bagi menghadapi peningkatan kes Covid-19 di Malaysia.

5 Strategi ini adalah:
  • Pengesanan awal situasi Covid-19 melalui Sistem Amaran Awal atau Heighened Alert System (HAS)
  • Pemerkasaan komuniti melalui amalan TRIIS (Test, Report, Isolate, Inform, dan Seek).
  • Pengurusan dan kawalan kes Covid-19
  • Pemerkasaan komuniti melalui komuniti risiko yang berkesan
  • Pendigitalan sistem penjagaan kesihatan

Antiviral Paxlovid akan diberikan kepada golongan yang berisiko tinggi

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan kerajaan akan memberikan ubat Antiviral Paxlovid kepada pesakit Covid-19 yang berisiko tinggi.

Golongan yang berisiko tinggi adalah seperti:
  • Umur 60 tahun dan ke atas
  • Daya tahan badan yang rendah
  • Mempunyai apa-apa komorbid
  • Perokok atau bekas perokok
  • Obesiti

Bagaimanapun, beliau berkata KKM akan memberikan Antiviral Paxlovid ini di fasiliti kesihatan yang menyediakannya kepada golongan yang memenuhi kriteria untuk mendapatkan ubat tersebut.

“Lakukan ujian segera, sekiranya bergejala dan ke fasiliti kesihatan berhampiran untuk dapatkan rawatan Antiviral Paxlovid bagi mereka yang memenuhi kriteria.

“Jadi bagi mereka yang ada indikasi untuk mendapatkan rawatan ini, anda akan mendapatkannya (Antiviral Paxlovid). Ia bukan murah, tetapi andainya diperlukan, fasiliti kesihatan kita akan membayarnya,” katanya lagi.

Menurutnya lagi, kerajaan juga menyarankan orang ramai agar melakukan langkah-langkah bagi mencegah penularan virus ini daripada menjangkiti diri dan terus merebak.

Berikut merupakan langkah-langkah pencegahan Covid-19 yang disarankan:

Terdahulu semalam (17 Disember) Covid19Place menerusi akaun Twitter melaporkan terdapat 20,696 kes Covid-19 dengan 28 angka kematian dicatatkan bagi Minggu Epidemiologi ke-50 (ME 50/2023) iaitu dari 10 hingga 16 Disember.

Peningkatan sebanyak 7,939 kes ini berbanding minggu sebelumnya menjadikan kes aktif pada waktu ini menjadi sebanyak 28,375.

Infografik ini turut diulang ciap Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad di akaun Twitter miliknya.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.