Kerajaan Putuskan Sekat Kapal ZIM Daripada Berlabuh Di Malaysia

Hari ini (20 Disember), kerajaan Malaysia menerusi satu kenyataan rasmi memutuskan untuk menyekat dan tidak membenarkan syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel, ZIM daripada berlabuh di mana-mana pelabuhan Malaysia.

Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Kementerian Pengangkutan akan mengambil tindakan segera dengan mengenakan larangan kekal terhadap syarikat ini berkuat kuasa serta-merta.

“Sekatan ini adalah tindak balas terhadap tindakan Israel yang mengenepikan prinsip asas kemanusiaan dan melanggar undang-undang antarabangsa menerusi pembantaian dan kekejaman berterusan terhadap warga Palestin.”


Kebenaran Pernah Diberikan Pada Tahun 2002

Jelas Anwar, kabinet pada 2002 mula membenarkan kapal milik syarikat ini berlabuh di Malaysia.

Pada 2005, Kabinet ketika itu memberi kebenaran kepada kapal tersebut untuk mendarat di Malaysia. Namun, kerajaan hari ini memutuskan untuk membatalkan semua keputusan Kabinet lalu.

Mengulas lanjut, kerajaan Malaysia turut memutuskan untuk tidak lagi menerima kapal yang menggunakan bendera Israel untuk berlabuh di negara ini. Selain itu, Malaysia juga mengenakan larangan kepada mana-mana kapal yang dalam perjalanan menuju ke Israel daripada memuatkan kargo di pelabuhan Malaysia.

Kedua-dua sekatan ini berkuatkuasa serta-merta.

Malaysia yakin keputusan tersebut tidak akan menjejaskan kegiatan perdagangan Malaysia.

BDS Malaysia gesa kerajaan halang kemasukan kapal ZIM

Terdahulu Gerakan Boikot, Pelupusan dan Sekatan (BDS) Malaysia menggesa kerajaan agar menghalang kapal yang dimiliki syarikat perkapalan Israel itu daripada berlabuh di Pelabuhan Klang.

Menurut BDS, kebenaran berlabuh telah diberikan Kementerian Pengangkutan dan ia dijangka tiba di Westport, Pelabuhan Klang pada 26 Disember ini.

Sehubungan itu satu petisyen telah digerakkan dan telah mendapat sokongan dari 26,061 individu khususnya dari rakyat Malaysia.

Recent Posts

  • Trending

Dituduh Tak Cakna Isu Di Rafah, Ning Baizura Akhirnya Tampil Beri Penjelasan [Video]

Menurut Ning Baizura, dia juga tahu mengenai apa yang berlaku di Palestin, tidak seperti apa…

2 days ago
  • Trending

Islam Tidak Merestui Perbuatan Atau Penganjuran ‘Speed Dating’ – Mufti Pulau Pinang

Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…

3 days ago
  • News
  • Trending

KPN Sahkan Suspek Kes Serangan Balai Polis Ulu Tiram Anggota JI, 7 Individu Ditahan

Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…

3 days ago
  • Trending

“Mentaliti Rendah” – Pemandu Parkir Kereta Di Selekoh & Pejalan Kaki Dikecam

Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…

3 days ago
  • Hiburan
  • Trending

Fatiya Latiff Dedah Hidap Skizofrenia, Mohon Maaf Pada Ibu Dalam Ucapan Hari Jadi

Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.

3 days ago
  • Trending

“Tak Perlu 8 Bulan”- Dr Akmal Saleh Bantu Selesai Masalah Ketiadaan Meja & Kerusi Dalam Tempoh 24 Jam [Video]

Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…

3 days ago