Haram & Berdosa Besar Jika Lelaki Mengurat Isteri Atau Tunang Orang Lain – UAI [Video]

Islam mengharamkan seorang lelaki daripada menganggu atau mengurat isteri orang lain kerana perbuatan tersebut adalah berdosa besar.

Penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus berkata, tindakan tersebut boleh mengundang kemurkaan Allah SWT dan neraka tempatnya bagi golongan seperti itu.

Menerusi satu hantaran video yang dimuat naik di akaun Facebook miliknya, Ustaz Azhar Idrus atau lebih mesra disapa UAI menjelaskan perkara itu selepas diajukan soalan ketika sesi ceramahnya di Masjid Tengku Ampuan Intan Zahara, Dungun, Terenggan, kelmarin (18 Disember).

“Nabi Muhammad SAW kata, haram kamu pinang tunang orang, haram dan berdosa besar, inikan pula isteri orang,” katanya.

Berkomunikasi biasa dengan isteri orang lain atas sebab dan urusan tertentu di bolehkan

Menurutnya, sekiranya seseorang lelaki itu berkomunikasi biasa dengan isteri orang lain atas sebab atau urusan tertentu tidak haram dan berdosa.

“Kalau berkomunikasi tu lain, contohnya apabila kita beritahu bini (isteri) orang supaya mengalihkan kereta. Itu lain (bukan dikira mengurat), bini sesiapa pun kita boleh tanya.

“Mengurat ni lain, menganggu isteri orang, kalau bukan isteri orang (anak dara) pun tak boleh ganggu.

“Kalau mengurat ini ibarat mengajak berkahwin atau menggoda dia (isteri orang), hukumnya haram kerana apa? Kita suka tak isteri kita orang lain goda? Tak bukan,” katanya lagi.

Perkara yang tida disukai oleh orang-orang beriman, haram hukumnya dilakukan

Jelas UAI, perkara yang tidak disukai oleh orang-orang beriman adalah haram hukumnya untuk umat Islam yang lain lakukan.

“Orang beriman benci kemungkaran manakala orang munafik suka kemungkaran. Titik tolaknya terpulang kepada kita nak berada dalam golongan mana, golongan ahli syurga atau ahli neraka,” ujar UAI.

Baca Artikel Berkaitan:

Recent Posts

  • News
  • Trending

Suami Pengasuh Ditahan, Dipercayai Umpan Budak 11 Tahun Dengan Video Lucah Sebelum Liwat

Menurut KPD Alor Gajah, siasatan lanjut mendapati pengadu menghantar anaknya kepada pengasuh dari jam 3…

4 hours ago
  • News
  • Trending

Isu Penularan Berita Palsu, Chatbot WhatsApp Bakal Diperkenal – Fahmi Fadzil

Menteri Komunikasi menjelaskan MCMC bakal bekerjasama dengan platform Meta bagi mewujudkan chatbot tersebut.

4 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Pelanggan Meninggal Dunia Selepas Makan Shawarma, Polis Tahan 2 Peniaga

Pemuda berkenaan dilaporkan telah membeli shawarma ayam berkenaan pada 3 Mei sebelum berasa sakit perut…

5 hours ago
  • Trending

Atuk Beli Kuih Untuk Cucu Tapi Tak ‘Offer’ Dekat Anak Sendiri Buat Ramai Terhibur [Video]

Menerusi video tersebut, bapa wanita itu dilihat langsung tidak menoleh dan hanya menawarkan kuih yang…

6 hours ago
  • Trending

“Pelapis Negara” – Kelincahan Budak 6 Tahun Bermain Badminton Curi Tumpuan Ramai [Video]

Lebih menarik lagi, adik Abu Dabith juga dilihat bijak mengatur strategi dengan menghantar bulu tangkis…

6 hours ago
  • Info
  • Trending

Tak Perlu Cuit Bahu! Ini Cara Untuk Beritahu Orang Lain Untuk Dijadikan Imam [Video]

Menurut lelaki berkenaan, seseorang yang ingin menjadi makmum hanya perlu berdiri bersebelahan individu berkenaan dan…

6 hours ago