Cermin Pintu Bank Pecah Selepas Pengawal Keselamatan Terlepas Tembakan

Semalam (26 Disember), orang awam dikejutkan dengan satu bunyi tembakan selepas seorang pengawal keselamatan di sebuah bank di Jalan PJU 5/14, Kota Damansara terlepas tembakan.

Susulan bunyi tembakan itu, orang awam telah menghubungi pihak polis untuk memaklumkan tentang perkara tersebut.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan M Hussin Sollehuddin Zolkifly berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian pada jam 10.13 pagi semalam.

Bertindak atas maklumat, beliau berkata, sepasukan polis telah bergegas ke lokasi dan mendapati insiden membabitkan seorang pengawal keselamatan berusia 50-an.

Pengawal keselamatan terlepas tembakan ke lantai

Menurutnya, pengawal keselamatan terbabit dipercayai terlepas tembakan ke lantai sehingga menyebabkan cermin pintu masuk bank berkenaan pecah.

Foto: PDRM

“Hasil siasatan yang dijalankan mendapati pengawal keselamatan yang menggunakan senjata jenis ‘pump gun’ telah melepaskan satu das tembakan ke arah lantai sehingga menyebabkan cermin di bahagian pintu masuk pecah.

“Ujian air kencing turut di lakukan ke atas suspek dan keputusannya adalah negatif dadah,” katanya dalam satu kenyataan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39 Akta Senjata 1960

Menurutnya lagi, tiada kemalangan jiwa yang berlaku dan kes disiasat di bawah Seksyen 39 Akta Senjata 1960.

Dalam pada itu, beliau turut menasihati orang ramai agar sentiasa mematuhi undang-undang dan tidak melakukan sebarang perbuatan jenayah

“Mereka yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu boleh menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya melalui talian: 03-79662222,” katanya lagi.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Jumlah Kelahiran Bayi Di Malaysia Semakin Menurun Berbanding Suku Tahun Pertama 2023

Menurut Ketua Jabatan Perangkaan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir setakat suku pertama tahun 2024…

3 hours ago
  • Trending

Anak Gigih Buat Slaid Kerana Mahu Pinjam Kereta Ibu Untuk Bercuti Undang Perhatian [Video]

Jelas Wan, anaknya sebelum ini telahpun meminta izin untuk menggunakan kenderaan miliknya, namun dia belum…

3 hours ago
  • Trending

Ramai Suka Konsep Cari Jodoh Sambil Makan & Borak Santai Di Kafe [Video]

Menerusi video yang tular di media sosial, kelihatan peserta dapat mengenali antara satu sama lain…

4 hours ago
  • Trending

Gara-gara Tidur Lepas Asar, Telatah Lucu Kanak-kanak Ini Kalut Bersiap Ke Sekolah Bikin Ramai Terhibur [Video]

Kanak-kanak berkenaan turut menganggap hari itu merupakan hari Khamis ketika disoal oleh ibunya sedangkan hari…

5 hours ago
  • Info

Akaun 3 KWSP Dah Bermula, Ini Cara Pindahkan Wang Ke Akaun Fleksibel [Video]

Pemindahan wang simpanan ke dalam Akaun Fleksibel boleh dilakukan bermula kelmarin (12 Mei) hingga 31…

7 hours ago
  • Trending

Pemuda Kongsi Pengalaman Selepas Disahkan Hidap Kanser [Video]

Menurut pejuang kanser itu dia mengalami rasa sakit di bahagian tulang belakang bagi tempoh yang…

7 hours ago