fbpx
Now Reading
Cermin Pintu Bank Pecah Selepas Pengawal Keselamatan Terlepas Tembakan

Cermin Pintu Bank Pecah Selepas Pengawal Keselamatan Terlepas Tembakan

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, dalam kejadian itu tiada kemalangan jiwa yang berlaku dan kes disiasat di bawah Seksyen 39 Akta Senjata 1960.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Semalam (26 Disember), orang awam dikejutkan dengan satu bunyi tembakan selepas seorang pengawal keselamatan di sebuah bank di Jalan PJU 5/14, Kota Damansara terlepas tembakan.

Susulan bunyi tembakan itu, orang awam telah menghubungi pihak polis untuk memaklumkan tentang perkara tersebut.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan M Hussin Sollehuddin Zolkifly berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian pada jam 10.13 pagi semalam.

Bertindak atas maklumat, beliau berkata, sepasukan polis telah bergegas ke lokasi dan mendapati insiden membabitkan seorang pengawal keselamatan berusia 50-an.

Pengawal keselamatan terlepas tembakan ke lantai

Menurutnya, pengawal keselamatan terbabit dipercayai terlepas tembakan ke lantai sehingga menyebabkan cermin pintu masuk bank berkenaan pecah.

Foto: PDRM

“Hasil siasatan yang dijalankan mendapati pengawal keselamatan yang menggunakan senjata jenis ‘pump gun’ telah melepaskan satu das tembakan ke arah lantai sehingga menyebabkan cermin di bahagian pintu masuk pecah.

“Ujian air kencing turut di lakukan ke atas suspek dan keputusannya adalah negatif dadah,” katanya dalam satu kenyataan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39 Akta Senjata 1960

Menurutnya lagi, tiada kemalangan jiwa yang berlaku dan kes disiasat di bawah Seksyen 39 Akta Senjata 1960.

Dalam pada itu, beliau turut menasihati orang ramai agar sentiasa mematuhi undang-undang dan tidak melakukan sebarang perbuatan jenayah

“Mereka yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu boleh menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya melalui talian: 03-79662222,” katanya lagi.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.