Kerajaan Kelantan Cadang Bina Terowong, Atasi Masalah Banjir Termenung

Kerajaan Kelantan mencadangkan pembinaan terowong pada benteng Pembangunan Lembaga Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok, Pasir Mas kerana beranggapan ia boleh menyelesaikan masalah banjir termenung.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud berkata, cadangan pembinaan terowong itu akan diutarakan kepada kerajaan pusat.

Penduduk dakwa banjir termenung berpunca daripada air yang tidak dapat mengalir

Menurutnya, terdapat banyak aduan daripada mangsa banjir di kawasan terbabit mendakwa banjir termenung yang merosakkan kediaman mereka berpunca daripada air yang tidak dapat mengalir kerana halangan pembinaan projek berkenaan.

“Banjir termenung sebenarnya berpunca dari (pembinaan) benteng jadi kita kena bincang dengan (kerajaan) pusat macam mana untuk tidak membiarkan air terperangkap lama.

“Mungkin (bahagian) teknikal kena tengok lah, kita pun faham benteng ini belum siap sepenuhnya tapi setiap tahun penduduk kampung terbabit berdepan situasi sama.

“Untuk cadangan buat terowong pula, kalau itu adalah penyelesaian, kita minta buatlah. Kita bukan nak lari dari banjir kerana tahu ia sentiasa berlaku tapi sekarang ini sangat luar biasa,” katanya dipetik Harian Metro.

Penduduk minta ditambah lebih banyak pintu air

Selain itu, beliau berkata penduduk juga meminta agar ditambah pintu air kerana yang sedia ada tidak dapat menampung aliran beberapa sungai termasuk empangan Bukit Kwing serta sungai dari Tanah Merah.

Terdahulu, Mohd Nassuruddin yang melawat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Sri Kiambang berkata, gelombang kali ketiga ini dilihat lebih besar berbanding gelombang sebelumnya.

MB Kelantan nasihat, jangan jadikan banjir sebagai pesta

Beliau turut menasihati orang ramai agar sentiasa berhati-hati dan tidak menjadikan banjir yang melanda ini sebagai pesta.

“Kita melihat banjir di Pasir Mas kali ini agak luar biasa dan apabila memasuki gelombang ketiga, bermakna sudah tiga kali penduduk berpindah dan berdepan dengan kerosakan kediaman serta harta benda.

“Kita nasihatkan agar penduduk yang terbabit dengan kawasan banjir sentiasa berwaspada dan saya difahamkan majoriti mangsa di lokasi dinaiki air sudah berpindah ke PPS bagi mengelakkan keadaan semakin tidak terkawal,” katanya.

Baca Artikel Berkaitan: Mangsa Banjir Cecah 24,400 Di Pantai Timur, 240 PPS Dibuka Di 18 Daerah

Baca Artikel Berkaitan:

Recent Posts

  • Trending

“Bukan Semua Tanggungjawab Kami” – DBKL Jelaskan Fakta Tentang Pokok Di KL Yang Ramai Tak Tahu

Bagi pokok awam yang dijaga oleh DBKL, pihak mereka akan melakukan pemantauan berkala jika berlaku…

22 mins ago
  • News
  • Trending

“Dia Tumbuk Saya Dulu” – Tular Video ‘Elmo’ Di Melaka Pukul Lelaki Gara-gara Bengang Diganggu

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, setakat ini pihaknya tidak menerima…

26 mins ago
  • News
  • Trending

Atlet Kayak Negara Dilanggar & Diseret Pemandu Mabuk Sejauh 600 Meter

Saksi mendakwa kereta dipandu dalam keadaan melulu sebelum melanggar dan menyeret Siti Nurul Masyitah Elias.

1 hour ago
  • Info
  • Trending

Rupanya Ramai Baru Tahu Bunga Durian Boleh Makan, Uncle Ini Siap Ajar Cara Masak [Video]

Pelbagai jenis masakan yang boleh disediakan menggunakan bunga durian mengikut citarasa masing-masing.

2 hours ago
  • Trending

“Antara 2 Darjat” – 2 Golongan Ini Mandi-manda Pada Waktu Sama Buat Ramai Tersentuh Hati [Video]

Video itu membuktikan bahawa kebahagiaan bukan hanya mampu dimiliki oleh orang-orang kaya sahaja, bahkan mereka…

4 hours ago
  • Trending

Blockout2024: Selepas Dibidas Awal Ashaari, Ini Respon Balas Wardina Safiyyah

Awal Ashaari sebelum ini membidas tindakan Wardina yang meminta warganet menyenaraikan artis yang didakwa mempromosikan…

4 hours ago