Sumbat Lembu Dalam Kereta, 4 Lelaki Dicekup Polis

Seramai empat lelaki telah ditahan oleh polis kerana dipercayai mencuri lembu sebelum dikejar oleh penternak di Raub, Pahang.

Menurut Ketua Polis Daerah Raub, Superintendan Mohd Shahril Abdul Rahman pihaknya menerima aduan tersebut pada 6 Januari lalu sekitar jam 7.48 pagi.

Terima panggilan dari rakan untuk periksa 2 ekor lembu yang disumbat dalam kereta

Jelasnya pada jam 4 pagi hari sama pengadu telah menerima panggilan daripada rakan untuk ke Jalan Utama Mempaga Lebu di tapak Pasar Malam, sebaik tiba di lokasi pengadu mendapati terdapat sebuah kenderaan jenia Proton Wira telah terbabas di tepi jalan.

“Rakan kepada pengadu kemudian meminta pengadu untuk memeriksa dua ekor lembu yang berada dalam kenderaan terbabit dan mendapati lembu tersebut adalah miliknya yang dicuri daripada Ladang Krau 4,” katanya.

Perkara itu dikenalpasti melalui tanda-tanda yang terdapat pada bahagian telinga lembut terabbit.

“Hasil siasatan mendapati pada 6 Januari sekitar jam 3 pagi, beberapa individu penternak lembu telah membuat rondaan telah nampak sebuah kereta Wira Aeroback di tepi jalan di dalam ladang.

“Apabila menghampiri kenderaan itu secara tiba-tiba memecut laju menghala ke jalan utama Mempaga-Lebu. Para penternak kemudian mengejar kereta berkenaan dari arah belakang dan terbabas di tapak Pasar Malam itu.”

Empat lelaki ditahan, 3 suspek positif dadah

Susulan daripada perkara itu, polis bersama dengan penternak kemudiannya berjaya menahan seramai empat suspek yang berumur sekitar 23 tahun sehingga 31 tahun.

Tiga daripada mereka telah dibawa ke IPD Raub untuk siatan lanjut dan seorang lagi dihantar ke Hospital Temerloh untuk menerima rawatan.

“Hasil ujian air kencing yang dijalankan ke atas suspek didapati dua daripadanya positif methamphetamine dan satu daripadanya positif amfetamin,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan mencuri dan tiga suspek yang ditahan direman selama empat hari sehingga 9 Januari untuk siasatan.

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

ASEAN Travel Passes: AirAsia VS Malaysia Airlines Flypass. Mana Satu Pilihan Anda?

Keseluruhannya yang mana satu lebih berbaloi? Sama ada MHflypass ASEAN oleh MAS atau ASEAN Explorer…

10 hours ago
  • News
  • Trending

Fahmi Fadzil Kesal, Kecam Tindakan Meta Turunkan Artikel Anwar Jumpa Hamas

Menurut Fahmi, akaun Meta Malaysia Gazette telah dinyahaktif sehingga terpaksa membuka akaun baru.

13 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

Blockout2024: Naim Daniel Buat Laporan Polis, Dedah Ibu Bapa Diugut Bunuh

Jelas pelantun lagu Sumpah itu, komen yang dilemparkan telah lari dari objektif asal ciapannya di…

14 hours ago
  • Info
  • Trending

Islam Larang Perbuatan Paksa Orang Melutut Mintak Maaf – Mufti Wilayah Persekutuan

Perbuatan melutut juga bercanggah dengan tuntutan syarak supaya memberi kemaafan dengan berlapang dada.

15 hours ago
  • Trending

Wanita Nekad Gugurkan Kandungan Lepas Tahu Suami Seorang Pedofilia [Video]

Menurut Nur, keputusan itu dibuat setelah anak sulungnya yang berusia 12 tahun mendedahkan perbuatan keji…

16 hours ago
  • Trending

“Bukan Semua Tanggungjawab Kami” – DBKL Jelaskan Fakta Tentang Pokok Di KL Yang Ramai Tak Tahu

Bagi pokok awam yang dijaga oleh DBKL, pihak mereka akan melakukan pemantauan berkala jika berlaku…

17 hours ago