Gangguan Bekalan Air Di Pulau Pinang, Majikan Tak Boleh Paksa Pekerja Cuti & Potong Gaji Jika Tutup Operasi

Umum mengetahui, Pulau Pinang dijangka berdepan masalah gangguan air selama empat hari bermula esok (10 Januari) hingga 14 Januari ini.

Pun begitu, majikan di negeri terbabit tidak boleh memaksa pekerjanya untuk mengambil cuti sepanjangan tempoh tersebut.

Majikan tak boleh potong gaji pekerja sekiranya operasi dihentikan sementara

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim berkata, majikan juga tidak dibenarkan untuk memotong gaji pekerja jika pihak syarikat membuat keputusan untuk menutup sementara operasinya.

“Saya minta kalau ada kes sebegini sama ada daripada pihak majikan atau pekerja, boleh rujuk kepada JTK (Jabatan Tenaga Kerja) untuk mendapatkan panduan serta nasihat sebelum melaksanakan sebarang dasar,” katanya dipetik Utusan Malaysia.

Majikan langgar peraturan boleh kena tindakan

Menurutnya, mana-mana majikan yang melanggar peraturan tersebut boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Kerja 1955.

“Kalau ada majikan yang tidak faham mengenai garis panduan ini, mereka juga boleh rujuk kepada JTK untuk maklumat lanjut,” jelas beliau.

Sebelum ini, media melaporkan kebanyakan pengilang khususnya dalam kategori perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dijangka menghentikan operasi mereka untuk sekurang-kurangnya dua hari susulan gangguan bekalan air tersebut.

Pengerusi Persekutuan Pengilang Malaysia (FMM) Pulau Pinang, Datuk Seri Lee Teong Li berkata, keputusan itu terpaksa diambil kerana kebanyakan kilang memerlukan penggunaan air yang banyak dalam operasi harian masing-masing.

Gangguan bekalan air untuk kerja pembaikan paip di LRA Sungai Dua

Sekadar info, bermula besok (10 Januari) hingga 14 Januari ini, kira-kira 590,000 pengguna air di Pulau Pinang termasuk pengguna bukan domestik di semua kawasan Perindustrian utama akan mengalami gangguan bekalan air.

Gangguan tersebut berlaku untuk membolehkan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) menjalankan kerja pembaikan paip segera di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Dua.

Recent Posts

  • Trending

Tular 3 Kereta Terbabas Kerana Jalan Licin Di Klang, Ramai Tuduh Geng ‘Longkai’ Tuang Minyak [Video]

Berdasarkan rakaman terbabit, kelihatan pemilik dashcam yang melalui jalan berkenaan pada waktu awal pagi semalam…

9 mins ago
  • News
  • Trending

Polis Buka Kertas Siasatan, Buru Geng Kereta Masak Dekat Stesen Minyak

Ekoran daripada video memasak mi segera di stesen minyak tersebut polis membuka kertas siasatan di…

16 mins ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

ASEAN Travel Passes: AirAsia VS Malaysia Airlines Flypass. Mana Satu Pilihan Anda?

Keseluruhannya yang mana satu lebih berbaloi? Sama ada MHflypass ASEAN oleh MAS atau ASEAN Explorer…

14 hours ago
  • News
  • Trending

Fahmi Fadzil Kesal, Kecam Tindakan Meta Turunkan Artikel Anwar Jumpa Hamas

Menurut Fahmi, akaun Meta Malaysia Gazette telah dinyahaktif sehingga terpaksa membuka akaun baru.

16 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

Blockout2024: Naim Daniel Buat Laporan Polis, Dedah Ibu Bapa Diugut Bunuh

Jelas pelantun lagu Sumpah itu, komen yang dilemparkan telah lari dari objektif asal ciapannya di…

18 hours ago
  • Info
  • Trending

Islam Larang Perbuatan Paksa Orang Melutut Mintak Maaf – Mufti Wilayah Persekutuan

Perbuatan melutut juga bercanggah dengan tuntutan syarak supaya memberi kemaafan dengan berlapang dada.

19 hours ago