Haram Dalam Islam Beri Cadangan Wujudkan Rumah Pelacuran – Wan Salim

Baru-baru ini, pelakon dan penerbit terkenal, Datuk Rosyam Nor teruk dikecam netizen berikutan kenyataannya yang memberi pandangan Malaysia perlu ada pusat-pusat pelacuran untuk warga asing ‘melepaskan nafsu’ mereka.

Selain netizen, Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor turut mengkritik cadangan yang diberikan oleh Rosyam Nor.

Cadangan wujudkan pusat pelacuran tidak bantu kurangkan kes rogol oleh warga asing

Menurutnya, cadangan tersebut tidak akan membantu mengurangkan kes rogol membabitkan warga asing, sebaliknya mengundang lebih banyak masalah kepada negara ini.

Jelas Wan Salim, cadangan mewujudkan rumah pelacuran amat bercanggah dengan kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara yang menobatkan Islam sebagai agama Persekutuan dalam Perlembagaannya.

“Saya amat terkejut dengan saranan oleh seorang pelakon beragama Islam agar disediakan rumah pelacuran untuk pekerja asing di negara ini.

“Saranan sedemikian jelas merupakan satu galakan kepada perbuatan maksiat dan kita yakin semua masyarakat Islam tahu bahawa zina adalah suatu jenayah yang boleh mengakibatkan kerosakan besar kepada individu, keluarga dan masyarakat.

“Selain itu, al-Quran melarang keras perbuatan zina serta menganggapkannya suatu amalan yang keji (fahisyah) dan jalan paling buruk yang dilalui oleh manusia di dalam kehidupan ini,” katanya dalam satu kenyataan yang dipetik Malaysia Gazette.

Cadangan Rosyam Nor seolah galakkan kemaksiatan di Malaysia

Menurutnya lagi, cadangan pelakon berumur 56 tahun itu juga seolah-olah mengalakkan maksiat di Malaysia sedangkan ramai dalam kalangan pekerja asing itu terdiri daripada kalangan orang beragama Islam.

Berkongsi lanjut, Wan Salim berkata tiada agama yang menyukai penganutnya terjebak dalam perbuatan keji yang merosakkan akidah, malah pekerja bukan Muslim juga tidak sepatutnya digalakkan kepada perbuatan hina sedemikian.

“Sepatutnya kita sama-sama membantu ke arah kebaikan dan keluhuran budi pekerti. Kita juga sepatutnya mengingatkan pekerja asing tentang bahaya melibatkan diri dalam perlakuan seperti ini serta kesan buruknya ke atas semua pihak.

“Para pekerja asing perlu dimaklumkan tentang hakikat ini dan mereka mestilah menghormati perlembagaan dan undang-undang negara yang memberi peluang kepada mereka mencari rezeki.

“Berdasarkan petikan surah al-Isra ayat 32, hadis yang diriwayatkan Ibnu Majah, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: ‘Tidak tersebar zina dalam suatu kaum sehingga mereka melakukannya secara terang-terangan melainkan mereka diliputi penyakit-penyakit berjangkit yang tidak pernah wujud dalam kalangan generasi-generasi yang terdahulu’,” katanya lagi.

Tiada jaminan rakyat Malaysia termasuk beragama Islam tidak akan langgan rumah pelacuran

Tambah beliau, cadangan itu juga tidak boleh menjaminkan bahawa rakyat negara ini termasuk mereka beragama Islam tidak akan menjadi pelanggan rumah pelacuran yang dimaksudkan.

“Amat sukar untuk mengawal atau mencegah umat Islam daripada terlibat dalam kancah maksiat tersebut,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial satu video klip yang menunjukkan Rosyam Nor memberi pandangan peribadinya yang bersetuju negara Malaysia perlu mempunyai pusat-pusat pelacuran.

Menurut pelakon terbabit, pusat pelacuran di negara ini perlu ada kerana kebanyakan warga asing yang datang bekerja berjauhan daripada isteri-isteri mereka dan untuk mengelakkan rakyat Malaysia daripada menjadi mangsa rogol.

Baca Artikel Berkaitan:

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

ASEAN Travel Passes: AirAsia VS Malaysia Airlines Flypass. Mana Satu Pilihan Anda?

Yang mana satu lebih berbaloi dari segi keseluruhan, sama ada MHflypass ASEAN atau ASEAN Explorer…

43 mins ago
  • News
  • Trending

Fahmi Fadzil Kesal, Kecam Tindakan Meta Turunkan Artikel Anwar Jumpa Hamas

Menurut Fahmi, akaun Meta Malaysia Gazette telah dinyahaktif sehingga terpaksa membuka akaun baru.

3 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

Blockout2024: Naim Daniel Buat Laporan Polis, Dedah Ibu Bapa Diugut Bunuh

Jelas pelantun lagu Sumpah itu, komen yang dilemparkan telah lari dari objektif asal ciapannya di…

5 hours ago
  • Info
  • Trending

Islam Larang Perbuatan Paksa Orang Melutut Mintak Maaf – Mufti Wilayah Persekutuan

Perbuatan melutut juga bercanggah dengan tuntutan syarak supaya memberi kemaafan dengan berlapang dada.

6 hours ago
  • Trending

Wanita Nekad Gugurkan Kandungan Lepas Tahu Suami Seorang Pedofilia [Video]

Menurut Nur, keputusan itu dibuat setelah anak sulungnya yang berusia 12 tahun mendedahkan perbuatan keji…

6 hours ago
  • Trending

“Bukan Semua Tanggungjawab Kami” – DBKL Jelaskan Fakta Tentang Pokok Di KL Yang Ramai Tak Tahu

Bagi pokok awam yang dijaga oleh DBKL, pihak mereka akan melakukan pemantauan berkala jika berlaku…

7 hours ago