fbpx
Now Reading
Rosyam Nor Teruk Dikritik Gara-gara Beri Pandangan Malaysia Perlu Ada Pusat Pelacuran [Video]

Rosyam Nor Teruk Dikritik Gara-gara Beri Pandangan Malaysia Perlu Ada Pusat Pelacuran [Video]

Menurutnya, pusat pelacuran perlu ada di Malaysia agar para lelaki warga asing ini dapat ‘melepaskan nafsu’ mereka dan tidak menjadikan rakyat Malaysia sebagai sasaran.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Nama pelakon dan penerbit terkenal, Datuk Rosyam Nor mula menjadi bualan hangat netizen di media sosial selepas memberi pandangan yang negara Malaysia perlu ada pusat pelacuran.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @suhanchannelofficial, Rosyam Nor atau nama sebenarnya Mohamed Noor Shamsuddin berkata di Malaysia terdapat sekurang-kurangnya tiga juta warga asing yang bekerja dan terpaksa berjauhan dengan pasangan.

Pusat pelacuran di Malaysia perlu ada untuk lelaki warga asing ‘lepaskan nafsu’

Menurutnya, Rosyam Nor yang berusia 56 tahun itu berkata pusat pelacuran perlu ada di Malaysia agar para lelaki warga asing ini dapat ‘melepaskan nafsu’ mereka dan tidak menjadikan rakyat Malaysia sebagai sasaran.

“Pusat pelacuran ini perlu! Pendatang (warga asing) yang datang ke negara kita ini lebih kurang tiga juta, yang bekerja di negara kita, isteri semua tinggal (berjauhan).

“Namanya pun lelaki, kalau dia tak ‘keluarkan’, dia nak tonjol dekat mana? Dia tengok anak isteri kita, silap-silap dia rogol anak isteri kita.

“Dia boleh jadi sampai ke tahap itu, sebab ‘benda’ sebegini bermain dalam fikiran, diorang pun tengok pornografi juga, jadi bila ada rumah pelacuran sekurang-kurangnya dia pergi bayar dekat sana. Itu pandangan saya secara peribadi,” katanya.

Difahamkan, potongan klip video terbabit diambil daripada salah satu episod dalam Podcast Hitam Putih Kehidupan musim ke-3 yang disiarkan di saluran YouTube Suhan Channel.

@suhanchannelofficial

Rumah pelacuran ni perlu?! 😱 EP 1 [PODCAST HITAM PUTIH KEHIDUPAN MUSIM 3] – PART 2 Full video di Youtube Suhan Channel & Usanita.🙌 #podcast #podcasthitamputihkehidupan #suhanchannel #rosyamnor #usanita

♬ original sound – Podcast Hitam Putih Kehidupan – Podcast Hitam Putih Kehidupan

Netizen kritik dan tak setuju dengan pandangan yang diberikan Rosyam Nor

Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial tidak bersetuju dan mengkritik pandangan yang diberikan oleh pelakon filem Castello itu.

Bagaimanapun, ada juga segelintir individu yang bersetuju dan mendapati pendapat yang diberikan oleh Rosyam Nor itu ada logiknya.

Sebagai info, rumah pelacuran dan kegiataan tidak bermoral sedemikian sememangnya tidak dibenarkan dan diharamkan beroperasi di negara ini.

Video penuh di YouTube

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.