fbpx
Now Reading
Lelaki Dipenjara 10 Tahun & 12 Sebatan Selepas Minta Bahan Pornografi Kanak-kanak

Lelaki Dipenjara 10 Tahun & 12 Sebatan Selepas Minta Bahan Pornografi Kanak-kanak

Perbuatan keji itu dilakukan oleh lelaki terbabit yang berkelulusan pendidikan awal kanak-kanak ketika dia dikatakan menjalin hubungan ‘cinta’ terlarang secara dalam talian.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan 12 sebatan atas empat kesalahan meminta bahan pornografi daripada seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun melalui aplikasi WhatsApp.

Menurut laporan Kosmo, perbuatan keji itu dilakukan oleh lelaki terbabit yang berkelulusan pendidikan awal kanak-kanak ketika dia dikatakan menjalin hubungan ‘cinta’ terlarang secara dalam talian.

Hukuman dikurangkan oleh Mahkamah Tinggi, dari 13 tahun penjara ke 10 tahun penjara

Mahkamah Tinggi Taiping, Perak menjatuhkan hukuman itu terhadap Hendra Mulana, 33, selepas mengurangkannya daripada 13 tahun bagi setiap pertuduhan yang diputuskan oleh Mahkamah Sesyen Taiping.

Difahamkan, hukuman penjara bagi keempat-empat kesalahan itu akan dijalankan secara serentak.

Pesuruhjaya Kehakiman Noor Ruwena Md. Nurdin membenarkan rayuannya terhadap hukuman manakala rayuan terhadap sabitan ditolak.

Selain itu, rayuan pihak pendakwaan terhadap hukuman turut ditolak dalam keputusan yang diumumkan pada 2 November 2023 yang lalu.

Hendra yang juga selaku perayu disabitkan atas keempat-empat pertuduhan pindaan meminta bahan pornografi daripada kanak-kanak tersebut yang ketika itu berusia di bawah 18 tahun pada waktu-waktu tertentu di antara lewat malam dan awal pagi pada 14 Oktober dan 17 Oktober 2019 di sebuah rumah di Changkat Jering.

Didakwa mengikut Seksyen 8(b) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksyal Terhadap Kanak-Kanak 2017

Susulan itu, dia didakwa di bawah Seksyen 8(b) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan maksimum 15 tahun penjara dan sebatan minimum sebanyak tiga kali.

Mengikut keterangan kes, Hendra mula mendekati mangsa yang ketika itu darjah enam sewaktu melayari platform media sosial ‘Bigo’ dan hubungan secara dalam talian itu berterusan sehingga ke aplikasi perbualan WhatsApp.

Hukuman 13 tahun penjara dan 12 sebatan pada 16 Februari 2023

Pada 16 Februari 2023, Mahkamah Sesyen mendapati Hendra bersalah atas kesemua pertuduhan dan memerintahkannya dipenjara 13 tahun dan dikenakan tiga sebatan bagi setiap pertuduhan menjadikan jumlah kepada 12 sebatan.

Mahkamah turut mengarahkan lelaki itu menjalani sesi kaunseling di penjara dan pengawasan polis selama tiga tahun selepas selesai menjalani hukuman.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.