fbpx
Now Reading
“Tak Sangka Benda Ini Akan Jadi Viral” – Rosyam Nor Mohon Maaf Isu Cadang Rumah Pelacuran [Video]

“Tak Sangka Benda Ini Akan Jadi Viral” – Rosyam Nor Mohon Maaf Isu Cadang Rumah Pelacuran [Video]

Menurutnya, kenyataan itu hanyalah potongan daripada klip video perbincangan mengenai isu pornografi menerusi sebuah podcast di saluran YouTube yang sedang dipromosinya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pelakon dan penerbit terkenal, Datuk Rosyam Nor akhirnya tampil memberi penjelasan selepas dia dikecam teruk oleh ramai pihak susulan ‘cadangannya’ pada baru-baru ini tentang mewujudkan pusat pelacuran di Malaysia untuk warga asing ‘melepaskan nafsu’.

Menerusi satu hantaran video yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya, Rosyam Nor turut tidak ketinggalan membuat permohonan maaf secara terbuka berikutan isu tersebut.

Rosyam Nor tidak sangka kenyataannya itu akan tular

Menurutnya, dia sama sekali tidak menyangka bahawa pandangan peribadi yang diberikan olehnya menerusi satu klip video di akaun TikTok @suhanchannel itu akan tular dan mendapat perhatian ramai.

“Assalamualaikum, kecoh betul dua hari ini pasal isu rumah pelacuran yang kononnya saya buat kenyataan. Apa-apa hal pun saya minta maaf terlebih dahulu, sebab saya tak sangka perkara ini akan jadi ‘viral’ yang sangat besar,” katanya.

Kenyataan yang tular dalam klip video hanyalah promo podcast

Jelas Rosyam Nor, kenyataan yang tular itu hanyalah potongan daripada klip video perbincangan mengenai isu pornografi menerusi sebuah podcast di saluran YouTube yang sedang dipromosinya.

Pelakon filem KL Gengster 2 itu juga meminta orang ramai untuk menonton video penuh podcast terbabit agar lebih memahami isu yang dibincangkan itu.

“Tapi sebenarnya itu adalah promo untuk program podcast saya di (YouTube) Suhan Channel yang bertajuk ‘otak porno’, itu adalah perbincangan.

“Saya rasa baik semua orang kalau ada masa pergi ke Suhan Channel tengok keseluruhan video, apa yang diperbincangkan.

“Terima kasih kerana peka dengan keadaan, apa-apa pun sekali lagi saya minta maaf atas kecelaruan yang berlaku,” katanya lagi.

Kenyataan Rosyam Nor mengenai rumah pelacuran terima kritikan hebat pelbagai pihak

Terdahulu, kenyataan Rosyam Nor tentang Malaysia perlu ada pusat-pusat pelacuran untuk warga asing telah mendapat kritikan hebat daripada netizen

Selain netizen, Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor juga mengkritik cadangan terbabit dengan menyatakan perkara itu tidak akan membantu mengurangkan kes rogol membabitkan warga asing, sebaliknya mengundang lebih banyak masalah kepada negara.

Baca Artikel Berkaitan: Haram Dalam Islam Beri Cadangan Wujudkan Rumah Pelacuran – Wan Salim

Tidak hanya itu, pendakwah bebas iaitu PU Syed dan Profesor Dr Mohd Ridhuan Tee turut menolak dan menyelar idea yang diberikan oleh Rosyam Nor.

Cadangan rumah pelacuran tidak relevan

Menurut PU Syed, beliau tidak bersetuju dengan cadangan tersebut kerana beranggapan ia tidak relevan apatah lagi dalam konteks negara Islam.

“Pandangan ini tidak selari dengan apa yang agama Islam terapkan, apatah lagi dalam negara Islam. Jadi pandangan seperti ini tak sesuai,” katanya dipetik Berita Harian.

Cadangan bodoh, galakkan aktiviti tidak bermoral, kata Ridhuan Tee

Manakala Ridhuan Tee pula beranggapan bahawa ia adalah satu cadangan yang bodoh kerana perkara itu sebenarnya lebih mengalakkan aktiviti tidak bermoral berlaku di Malaysia.

“Ini bukan penyelesaian, ini cadangan yang teramat bodoh. Saya syorkan kepada mereka ini pergilah mengaji. Jangan jadi artis jahil,” kata Ridhuan Tee dipetik Mstar.

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.