Setiap individu yang sudah menamatkan pengajian pastinya sedang sibuk mencari pekerjaan yang bersesuaian dengan kelayakan mereka.
Meskipun perlu bersaing untuk mendapatkan pekerjaan namun saban hari peluang yang disediakan semakin meluas.
Malah perkara ini terbukti apabila Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) memaklumkan kadar pengganguran di negara ini mencatatkan penurunan pada November tahun lalu kembali kepada paras prapandemik iaitu 3.3% dengan 569,200 penganggur.
Kadar ini berbeza dengan yang dicatatkan pada Oktober iaitu sebanyak 3.4%.
Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin memberitahu jumlah peratusan yang dicatatkan pada November secara tidak langsung menunjukan pertumbuhan ekonomi yang positif apabila berlaku pertambahan yang berterus dalam bilangan penduduk bekerja dan mencatakan pengangguran yang menurun.
“Bilangan tenaga kerja pada November 2023 meningkat 0.2% bulan ke bulan pada 17 juta orang daripada 16.97 juta orang pada Oktober,” ujarnya, dipetik Bernama.
Jelas beliau jumlah penduduk yang bekerja pada November menunjukkan peningkatan sebanyak 0.2% menjadikan jumlah 16.34 juta. Ini menunjukkan perbezaan pada bulan Oktober yang mencatat sebanyak 16.40 juta penduduk.
Selain itu, jumlah penduduk yang menganggur turut menurun sebanyak 0.3% menjadikan jumlah keseluruhan 569,200.
“Daripada bilangan mereka yang bekerja, 75.3% berada dalam kategori pekerja yang menunjukkan peningkatan 0.1% kepada 12.37 juta individu. Mereka yang dalam kategori bekerja sendiri juga meningkat 0.3% kepada 2.99 juta.”
Beberapa sektor perkerjaan menunjukkan peningkatan antaranya:-
Namun bagi sektor pertanian ia menunjukkan penurunan.
Tambah beliau lagi, jumlah individu yang aktif mencari peluang pekerjaan atau penganggur aktif turut menunjukkan peratusan yang positif.
Ia merangkumi 79.9% daripada jumlah individu penggangur dan berkurangan sebanyak 0.6% kepada 454,500 individu.
“Bagi individu penganggur aktif, 61.8% menganggur kurang daripada tiga bulan dan 6.3% berada dalam pengangguran jangka panjang melebihi setahun,” jelasnya.
Meskipun menghadapi cabaran global, dapat dilihat struktur ekonomi Malaysia yang pelbagai dan asas yang kukuh telah membantu pertumbuhan ekonomi yang lebih baik serta stabil khususnya dalam industri pelancongan.
Mengulas mengenai banjir yang melanda pada 2023, Mohd Uzir memaklumkan ia tidak memberikan kesan yang signifikan kepada semua pasaran kerja sebaliknya hanya memberikan kesan kepada kawasan tempatan.
Menurut Fahmi, akaun Meta Malaysia Gazette telah dinyahaktif sehingga terpaksa membuka akaun baru.
Jelas pelantun lagu Sumpah itu, komen yang dilemparkan telah lari dari objektif asal ciapannya di…
Perbuatan melutut juga bercanggah dengan tuntutan syarak supaya memberi kemaafan dengan berlapang dada.
Menurut Nur, keputusan itu dibuat setelah anak sulungnya yang berusia 12 tahun mendedahkan perbuatan keji…
Bagi pokok awam yang dijaga oleh DBKL, pihak mereka akan melakukan pemantauan berkala jika berlaku…
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, setakat ini pihaknya tidak menerima…