fbpx
Now Reading
Kadar Pengangguran Pada November 2023 Menurun, Kembali Ke Paras Prapandemik

Kadar Pengangguran Pada November 2023 Menurun, Kembali Ke Paras Prapandemik

Menurut Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin bilangan tenaga kerja pada November tahun lalu telah menunjukan peningakatan sebanyak 0.2% dari bulan ke bulan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap individu yang sudah menamatkan pengajian pastinya sedang sibuk mencari pekerjaan yang bersesuaian dengan kelayakan mereka.

Meskipun perlu bersaing untuk mendapatkan pekerjaan namun saban hari peluang yang disediakan semakin meluas.

Catat penurunan iaitu 3.3% pada November berbanding bulan Oktober

Malah perkara ini terbukti apabila Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) memaklumkan kadar pengganguran di negara ini mencatatkan penurunan pada November tahun lalu kembali kepada paras prapandemik iaitu 3.3% dengan 569,200 penganggur.

Kadar ini berbeza dengan yang dicatatkan pada Oktober iaitu sebanyak 3.4%.

Pertumbuhan ekonomi positif, jumlah meningkat 0.2% dari bulan ke bulan

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin memberitahu jumlah peratusan yang dicatatkan pada November secara tidak langsung menunjukan pertumbuhan ekonomi yang positif apabila berlaku pertambahan yang berterus dalam bilangan penduduk bekerja dan mencatakan pengangguran yang menurun.

“Bilangan tenaga kerja pada November 2023 meningkat 0.2% bulan ke bulan pada 17 juta orang daripada 16.97 juta orang pada Oktober,” ujarnya, dipetik Bernama.

Jelas beliau jumlah penduduk yang bekerja pada November menunjukkan peningkatan sebanyak 0.2% menjadikan jumlah 16.34 juta. Ini menunjukkan perbezaan pada bulan Oktober yang mencatat sebanyak 16.40 juta penduduk.

Selain itu, jumlah penduduk yang menganggur turut menurun sebanyak 0.3% menjadikan jumlah keseluruhan 569,200.

“Daripada bilangan mereka yang bekerja, 75.3% berada dalam kategori pekerja yang menunjukkan peningkatan 0.1% kepada 12.37 juta individu. Mereka yang dalam kategori bekerja sendiri juga meningkat 0.3% kepada 2.99 juta.”

Banyak sektor turut tunjuk peningkatan kecuali pertanian

Beberapa sektor perkerjaan menunjukkan peningkatan antaranya:-

  • Perkhidmatan – informasi, komunikasi, perkhidmatan makanan dan minuman, serta pengangkutan dan penyimpanan
  • Pembuatan
  • Pembinaan
  • Perlombongan
  • Pengkuarian

Namun bagi sektor pertanian ia menunjukkan penurunan.

Tambah beliau lagi, jumlah individu yang aktif mencari peluang pekerjaan atau penganggur aktif turut menunjukkan peratusan yang positif.

Ia merangkumi 79.9% daripada jumlah individu penggangur dan berkurangan sebanyak 0.6% kepada 454,500 individu.

“Bagi individu penganggur aktif, 61.8% menganggur kurang daripada tiga bulan dan 6.3% berada dalam pengangguran jangka panjang melebihi setahun,” jelasnya.

Meskipun menghadapi cabaran global, dapat dilihat struktur ekonomi Malaysia yang pelbagai dan asas yang kukuh telah membantu pertumbuhan ekonomi yang lebih baik serta stabil khususnya dalam industri pelancongan.

Mengulas mengenai banjir yang melanda pada 2023, Mohd Uzir memaklumkan ia tidak memberikan kesan yang signifikan kepada semua pasaran kerja sebaliknya hanya memberikan kesan kepada kawasan tempatan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.