Sejak beberapa tahun lalu, perkhidmatan penghantaran di negara ini telah digunakan secara menyeluruh oleh semua masyarakat.
Malah ia turut memudahkan urusan seseorang apabila mereka kini tidak lagi perlu untuk keluar bagi membeli barangan mahupun makanan.
Sebaliknya hanya perlu membuat pesanan dan barangan akan dihantar oleh pihak yang menyediakan perkhidmatan tersebut.
Namun sejak akhir-akhir ini ada yang menyifatkan cas perkhidmatan penghantaran mula meningkat dan mahal untuk dikenakan kepada pelanggan.
Terbaharu, Persatuan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Samenta) telah meminta rakyat Malaysia untuk membeli makanan secara terus di restoran atau kedai.
Perkara itu menurutnya ‘untuk membantu usahawan keluar dari lingkaran pemangsaan penyedia aplikasi yang menyediakan perkhidmatan penghantaran’.
Permintaan itu dilakukan oleh Presiden Samenta, Datuk William Ng di saat isu mengenai semakan semula kadar bayaran oleh platform penghantaran makanan dan barangan kepada pemandu mereka yang mungkin memberi kesan kepada pengusaha makanan dari segi komisen.
Ujar William, usahawan kedai makan mahupun restoran berharap agar rakyat negara ini kembali seperti zaman sebelum adanya aplikasi penghantaran berkenaan.
Ia berikutan cara berkenaan boleh membantu mereka untuk mengurangkan kos jualan selain memberikan harga yang jauh lebih murah kepada pelanggan.
Dakwanya di aplikasi terbabit harga makanan yang dijual oleh peniaga perlu dinaikkan sekitar 30%-100% untuk menampung komisen.
“Pada masa ini, peniaga dikenakan komisen sehingga 32% bagi setiap pesanan. Apabila kos ‘promosi’ dan ‘yuran pemasaran’ diambil kira, komisen ini boleh mencapai sehingga 60% daripada setiap jualan.
“Oleh itu, seorang peniaga mungkin hanya menerima RM1.20 untuk sebungkus nasi lemak yang berharga RM3. Oleh kerana industri platform penghantaran ini mirip monopoli, peniaga dan pengguna mempunyai pilihan yang terhdap dan terpaksa membayar apa saja yang diminta oleh pemilik platform.
“Ini adalah sebab mengapa kebanyakan peniaga terpaksa menaikkan harga jualan makanan dan barangan di antara 30-100% di platform-platform ini untuk menampung komisen yang dibayar kepada platform demi mendapatakan sedikit keuntungan dari setiap pesanan,” dakwanya dipetik Sinar Harian.
Menerusi video tersebut, kelihatan penunggang motosikal terbabit memukul cermin sisi kereta Ativa berkenaan dan menyebabkan…
Melalui video yang dikongsikan itu, kelihatan ibu pemuda berkenaan dilihat sedang memilih bunga perhiasan serta…
Menurut Aisyah ayahnya sakit sejak tahun 2021 kerana sakit saraf manakala si ibu pula sakit…
Gerakan 'blockout 2024' terhadap sesetengah selebriti atau pempengaruh tempatan adalah disebabkan mereka didakwa masih mempromosi…
Selain membantu menghantar pemuda OKU berkenaan pulang ke rumah, warganet turut memuji tindakan Anis yang…
Menerusi video, kelihatan kumpulan berkenaan membawa dapur mudah alih, meja serta kerusi untuk memasak mi…