fbpx
Now Reading
Persatuan Usahawan Rayu Rakyat Beli Makanan Terus Di Kedai Atau Restoran, Dakwa Komisen Penghantaran Tinggi

Persatuan Usahawan Rayu Rakyat Beli Makanan Terus Di Kedai Atau Restoran, Dakwa Komisen Penghantaran Tinggi

Ujar Presiden Samenta, William Ng dengan cara membeli terus di kedai ia dapat membantu usahawan untu mengurangkan kos jualan dan memberikan harga yang lebih murah kepada pelanggan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak beberapa tahun lalu, perkhidmatan penghantaran di negara ini telah digunakan secara menyeluruh oleh semua masyarakat.

Malah ia turut memudahkan urusan seseorang apabila mereka kini tidak lagi perlu untuk keluar bagi membeli barangan mahupun makanan.

Sebaliknya hanya perlu membuat pesanan dan barangan akan dihantar oleh pihak yang menyediakan perkhidmatan tersebut.

Namun sejak akhir-akhir ini ada yang menyifatkan cas perkhidmatan penghantaran mula meningkat dan mahal untuk dikenakan kepada pelanggan.

Samenta minta pelanggan beli terus makanan di kedai berbanding guna khidmat penghantaran kerana kadar yang tinggi

Terbaharu, Persatuan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Samenta) telah meminta rakyat Malaysia untuk membeli makanan secara terus di restoran atau kedai.

Perkara itu menurutnya ‘untuk membantu usahawan keluar dari lingkaran pemangsaan penyedia aplikasi yang menyediakan perkhidmatan penghantaran’.

Permintaan itu dilakukan oleh Presiden Samenta, Datuk William Ng di saat isu mengenai semakan semula kadar bayaran oleh platform penghantaran makanan dan barangan kepada pemandu mereka yang mungkin memberi kesan kepada pengusaha makanan dari segi komisen.

Harap kembali seperti sebelum adanya platform penghantaran, dapat kurangkan harga

Ujar William, usahawan kedai makan mahupun restoran berharap agar rakyat negara ini kembali seperti zaman sebelum adanya aplikasi penghantaran berkenaan.

Ia berikutan cara berkenaan boleh membantu mereka untuk mengurangkan kos jualan selain memberikan harga yang jauh lebih murah kepada pelanggan.

Harga makanan terpaksa dinaikkan untuk tampung komisen

Dakwanya di aplikasi terbabit harga makanan yang dijual oleh peniaga perlu dinaikkan sekitar 30%-100% untuk menampung komisen.

“Pada masa ini, peniaga dikenakan komisen sehingga 32% bagi setiap pesanan. Apabila kos ‘promosi’ dan ‘yuran pemasaran’ diambil kira, komisen ini boleh mencapai sehingga 60% daripada setiap jualan.

“Oleh itu, seorang peniaga mungkin hanya menerima RM1.20 untuk sebungkus nasi lemak yang berharga RM3. Oleh kerana industri platform penghantaran ini mirip monopoli, peniaga dan pengguna mempunyai pilihan yang terhdap dan terpaksa membayar apa saja yang diminta oleh pemilik platform.

“Ini adalah sebab mengapa kebanyakan peniaga terpaksa menaikkan harga jualan makanan dan barangan di antara 30-100% di platform-platform ini untuk menampung komisen yang dibayar kepada platform demi mendapatakan sedikit keuntungan dari setiap pesanan,” dakwanya dipetik Sinar Harian.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.