BNM Nafi Beri Kelulusan & Lesenkan Aktiviti Quantum Metal

Sejak akhir-akhir ini, orang ramai mula didedahkan dengan pelbagai jenis pelaburan termasuklah yang berasaskan emas.

Antara yang terkenal adalah aktiviti Quantum Metal oleh Quantum Metal Sdn Bhd (QMSB) yang mula menjadi buruan ramai sebagai pelaburan pembelian emas secara digital.

Namun sebelum melabur pasti ada yang melakukan semakan terlebih dahulu sama ada ianya mendapat kelulusan daripada pihak berwajib.

Ekoran itu terdapat dakwaan mengatakan aktiviti perniagaan yang dilakukan QMSB mempunyai kelulusan daripada Bank Negara Malaysia (BNM).

BNM nafi dakwaan aktiviti dijalankan QMSB diluluskan dan dilesenkan

Terbaharu, BNM menafikan pihaknya ada meluluskan dan melesenkan aktiviti Quantum Metal sepeti yang didakwa setengah pihak.

BNM menerusi satu kenyataan rasmi yang dikongsikan di Facebook berkata, QMSB adalah institusi pelapor di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pecegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil dari Aktiviti 2001 (AMLA).

“QMSB berurusan dengan logam atau batu berharga iaitu aktiviti disenaraikan sebagi perkara 24 di bawah Bahagian 1 dalam Jadual Pertama AMLA bersama-sama dengan sektor perniagaan dan profesion bukan kewangan yang ditentukan yang lain seperti peguam, akauntan, syarikat amanah dah setiausaha syarikat,” katanya.

Jelasnya lagi sebagai syarikat institusi pelapor, pihak itu perlu melakukan langkah-langkah pencegahan bagi menghindari aktiviti institusi berkenaan daripada terjebak dalam penyalahgunaan seperti aktiviti pengubahan wang haram mahupun aktiviti pembiayaan keganasan.

Walau institusi pelapor tak semestinya produk atau aktiviti didaftar, dilulus atau dilesenkan BNM

Ujarnya meskipun syarikat terbabit adalah institusi pelapor namun ia tidak bermaksud aktiviti atau produk contohnya dagangan emas didaftarkan, diluluskan serta dilesenkan di bawah undang-undang yang ditadbir oleh BNM.

“Sebarang dakwaan bahawa aktiviti QMSB diluluskan dan dilesenkan oleh BNM, secara langsung atau tidak langsung adalah tidak benar.

“BNM juga telah maklum mengenai pelbagai dakwaan menerusi media sosial bahawa semua transaksi masuk dari luar negara memerlukan kelulusan pengesahan BNM berhubung dengan AMLA.

“BNM ingin menjelaskan bahawa sebarang aliran yang melebihi had tertentu yang diperuntukkan di bawah dasar pertukaran asing, tidak memerlukan pengesahan dan kelulusan daripada BNM terlebih dahulu,” katanya.

Minta orang ramai berhati-hati sebelum buat pelaburan

Tegas BNM lagi tidak ada sesiapa atau mana-mana pihak boleh menyalahgunakan nama serta urusan surat-menyurat sehingga boleh mendatangkan salah faham berhubung produk serta perkhidmatan yang dijalankan dilulus oleh BNM.

Malah dakwaan tersebut tidak sepatutnya dijadikan sebagai pertimbangan untuk membuktikan kesahihan perniagaan itu.

Orang ramai turut dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada sebelum membuat keputuan pelaburan. Selain itu setiap aktiviti kewangan yang disyaki dilakukan tanpa kebenaran perlu dilaporkan kepada pihak penguatkuasaan undang-undang yang terlibat.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Fahmi Fadzil Kesal, Kecam Tindakan Meta Turunkan Artikel Anwar Jumpa Hamas

Menurut Fahmi, akaun Meta Malaysia Gazette telah dinyahaktif sehingga terpaksa membuka akaun baru.

2 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

Blockout2024: Naim Daniel Buat Laporan Polis, Dedah Ibu Bapa Diugut Bunuh

Jelas pelantun lagu Sumpah itu, komen yang dilemparkan telah lari dari objektif asal ciapannya di…

3 hours ago
  • Info
  • Trending

Islam Larang Perbuatan Paksa Orang Melutut Mintak Maaf – Mufti Wilayah Persekutuan

Perbuatan melutut juga bercanggah dengan tuntutan syarak supaya memberi kemaafan dengan berlapang dada.

4 hours ago
  • Trending

Wanita Nekad Gugurkan Kandungan Lepas Tahu Suami Seorang Pedofilia [Video]

Menurut Nur, keputusan itu dibuat setelah anak sulungnya yang berusia 12 tahun mendedahkan perbuatan keji…

5 hours ago
  • Trending

“Bukan Semua Tanggungjawab Kami” – DBKL Jelaskan Fakta Tentang Pokok Di KL Yang Ramai Tak Tahu

Bagi pokok awam yang dijaga oleh DBKL, pihak mereka akan melakukan pemantauan berkala jika berlaku…

6 hours ago
  • News
  • Trending

“Dia Tumbuk Saya Dulu” – Tular Video ‘Elmo’ Di Melaka Pukul Lelaki Gara-gara Bengang Diganggu

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, setakat ini pihaknya tidak menerima…

6 hours ago