Tahniah! Penonton Malaysia Antara Tertinggi Pulangkan Xylobands Konsert Coldplay

Umum mengetahui, konsert kumpulan pop rock Britain, Coldplay telah diadakan pada 22 November tahun lalu di Stadium Nasional, Bukit Jalil

Konsert antarabangsa itu juga dianggap sebagai penutup tirai bagi penganjuran konsert mega pada 2023 di Malaysia.

Penonton Malaysia antara tertinggi catat jumlah pemulangan gelang Xylobands

Dalam konsert jelajah Coldplay Music of the Sphere itu, Malaysia turut tersenarai antara negara yang mencatatkan peratusan pemulangan gelang Xylobands tertinggi ketika ini.

Menerusi satu hantaran di akaun Instagram Coldplay Malaysia, peratusan pemulangan gelang lampu yang juga dikenali sebagai ‘PixMob’ itu adalah sebanyak 90%.

“Malaysia kini berada antara negara tertinggi merekodkan pemulangan gelang tersebut dan secara tidak langsung menunjukkan peminat di Malaysia menyokong usaha kitar semula daripada Coldplay.

“Bagi yang tidak tahu, gelang tersebut dipakai oleh peminat ketika acara konsert sedang berlangsung. la akan menyala mengikut rentak lagu yang dipersembahkan,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Menurut akaun itu lagi, gelang tersebut perlu dipulangkan semula oleh para penonton kepada pihak penganjur untuk digunakan pada konsert jelajah seterusnya.

Pulangkan gelang, Jepun dan Denmark catat jumlah tertinggi

Sementara itu, senarai pemulangan gelang Xylobands oleh penonton di Tokyo, Jepun mencatat jumlah tertinggi iaitu 97% dan diikuti Copenhagen, Denmark sebanyak 96%.

Argentina pula berada di tangga ketiga dengan 94% seterusnya Kaohsiung, Taiwan meraih pemulangan gelang sebanyak 93%. Malaysia pula berada di tangga kelima.

Indonesia catat peratusan pulangkan Xylobands sebanyak 77%

Sebelum ini, sebuah portal dari Indonesia melaporkan kadar pulangan bagi gelang Xylobands di negara itu adalah 77%. Laporan pada 28 November 2023 itu diterbitkan selepas tular dakwaan yang hanya 52% yang memulangkannya.

Untuk info, konsert jelajah Coldplay Music of the Sphere merupakan antara acara yang mencatatkan jumlah kehadiran penonton tertinggi di Malaysia sepanjang 2023 dengan anggara kira-kira 75,000 orang.

Baca Artikel Berkaitan: “Konsert Coldplay 6 Hari Di Singapura, Malaysia Terlepas Peluang Ekonomi” – Syed Saddiq [Video]

Baca Artikel Berkaitan:

Recent Posts

  • Dunia
  • Trending

Gara-gara Wanita Letak Kereta Di Tempat Tak Sepatutnya, Nama Malaysia Jadi Sebutan Di Jepun

Ekoran daripada insiden 'double park' tersebut, kontraktor di Jepun terpaksa mengambil masa selama 3 jam…

2 days ago
  • Trending

Pelari Menara Terbaik Dunia Bawa 1 Beg ‘Jajan’ Dari Malaysia Untuk Kongsi Dengan Atlet Negara Lain

Antara snek zaman kanak-kanak yang dibawa di dalam bagasi Soh Wai Ching adalah keropok jenama…

2 days ago
  • News
  • Trending

Guru Didakwa Tampar, Tumbuk & Cekik 4 Pelajar Hanya Kerana Diintai Ketika Sedang Merokok

Guru sekolah agama berkenaan didakwa turut memarahi dan melemparkan kata-kata kesat kepada beberapa orang murid…

2 days ago
  • Trending

Pelancong China Kecewa Bercuti Di Malaysia, Badan Basah Kuyup Gara-gara Hujan Tak Henti

Pelancong dikenali sebagai Xiao Huihui itu mengeluh selepas terpaksa meredah hujan lebat ketika bersiar-siar di…

2 days ago
  • Trending

Kereta Terpaksa Jalan Mengundur Gara-gara Kamera Di Palang Parkir ‘Gagal’ Imbas Nombor Plat [Video]

Jelas pemilik kereta, dia terpaksa meletakkan nombor plat di bahagian depan kiri kerana ruangan tengah…

2 days ago
  • Trending

Pelajar Gigih Ulang Kaji Pelajaran Bawah Lampu Jalan Curi Perhatian Netizen [Video]

Menurut beberapa netizen, pelajar yang belajar di bawah lampu jalan itu merupakan penuntut dari Universiti…

2 days ago