fbpx

“Konsert Coldplay 6 Hari Di Singapura, Malaysia Terlepas Peluang Ekonomi” – Syed Saddiq [Video]

Menurut Syed Saddiq, beliau menganggarkan republik berkenaan akan mengutip hasil jualan tiket sebanyak RM180 juta bagi konsert selama enam hari itu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, kecoh di media sosial mengenai pengumuman daripada kumpulan rock Britain, Coldplay yang akan mengadakan siri jelajah Konsert Jelajah Coldplay Music of The Sphere World Tour selama enam hari berturut-turut di Singapura.

Susulan pengumuman itu, rata-rata rakyat Malaysia meluahkan kekecewaan kerana kumpulan Coldplay hanya mengadakan konsert di Stadium National Bukit Jalil, Kuala Lumpur selama satu hari sahaja iaitu pada 22 November depan.

Syed Saddiq sifatkan Malaysia terlepas peluang ekonomi

Tidak hanya itu, Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman juga menyifatkan Malaysia terlepas peluang ekonomi yang boleh dihasilkan daripada penganjuran konsert terbabit.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun media sosial miliknya, Syed Saddiq berkata Singapura bakal meraih keuntungan besar apabila kumpulan itu membuat persembahan selama enam hari di negara berkenaan.

“Coldplay buat ‘tour’ enam hari di Singapura. Semalam lima hari, hari ini mereka tambah lagi satu tarikh. Malaysia pula nak buat satu konsert pun banyak halangan.

“Tetapi apa kena mengena konsert Coldplay di Singapura dengan Malaysia. Kita sebenarnya terlepas loteri ekonomi,” katanya.

Singapura bakal mengutip RM180 juta hasil penjualan tiket konsert selama 6 hari

Menurutnya, beliau menganggarkan republik berkenaan akan mengutip hasil jualan tiket sebanyak RM180 juta bagi konsert selama enam hari itu.

Kata beliau, ini kerana Stadium Nasional Singapura boleh menampung 50,000 penonton dalam satu masa dan harga purata satu tiket pula sekitar RM600 dengan kutipan yang bakal dijana berjumlah RM30 juta sehari.

Singapura juga bakal dapat limpahan ekonomi dari pelbagai sektor

Jelas bekas Menteri Belia dan Sukan itu lagi, Singapura juga bakal mendapat manfaat limpahan ekonomi kerana peminat daripada luar negara akan terbang dan berbelanja di negara itu sepanjang konsert berlangsung.

“Datang jauh-jauh naik penerbangan, takkan pergi konsert untuk dua hingga tiga jam sahaja. Mesti ada makan-makan, jalan-jalan.

“Anggarkan seorang belanja RM500 untuk satu hari. (Seramai) 1,000 pelancong sama dengan RM500,000 dan enam hari sama dengan RM3 juta. Ini adalah jumlah yang sangat besar yang boleh dihasilkan.

“Maksud saya adalah, ketika kita bertengkar mengenai penganjuran konsert di Malaysia, negara luar merebut peluang keemasan untuk menjana lebihan ekonomi,” katanya lagi,

Berkongsi lanjut, Ahli Parlimen Muar itu berkata Malaysia pernah menganjurkan sehingga 50 konsert setahun namun kini semakin banyak rintangan dan keluhan.

Oleh itu, Syed Saddiq menegaskan negara ini tidak boleh berterusan terlepas peluang ekonomi yang boleh dijana hasil daripada penganjuran konsert.

Video TikTok

@syedsaddiq

Singapore 6 – 1 Malaysia Nope. This is not about football. It’s about Coldplay. Siapa untung? Siapa rugi? Share pandangan di komen pls. #syedsaddiq #coldplay #malaysia #coldplaysingapore #shows #concerts #concertsgoers #fyp #vidalavida #GGMU #MU

♬ Viva La Vida – Coldplay

BACA ARTIKEL BERKAITAN:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.