
Permintaan Terlalu Tinggi, Coldplay Umum Tambah Konsert Hari Keenam di Singapura
Kumpulan Coldplay sebelum ini mengejutkan peminat setianya apabila mengumumkan tambahan satu hari konsert di republik berkenaan menjadikan konsert itu akan dilaksanakan selama lima hari.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Umum mengetahui Coldplay bakal menjadikan Singapura sebagai salah satu destinasi di Asia bagi siri jelajah Konsert Coldplay Music of The Spheres World Tour.
Kumpulan rock alternatif itu sebelum ini membuat pengumuman pada 12 Jun bakal mengadakan persembahan selama empat hari berturut-turut di Stadium Nasional, Singapura pada 23,24,26 dan 27 Januari 2024.
Namun, permintaan yang memberansangkan membuatkan Coldplay menambah satu hari lagi menjadikan konsert di Singapura selama lima malam.
Permintaan Tinggi,Coldplay Tambah Sehari Lagi Konsert Di Singapura
Siapa sangka, tidak sampai sehari membuat pengumuman, kumpulan yang dianggotai oleh Chris Martin, Will Champion, Jonny Buckland dan Guy Berryman sekali lagi mengejutkan semua pihak apabila mengumumkan bakal menambah satu hari lagi konsert di negara itu iaitu pada 31 Januari 2024.
Ini menjadikan konsert Coldplay Music of The Spheres World Tour di Singapura adalah selama enam hari.
Pengumuman mengejutkan itu dibuat secara rasmi menerusi akaun Twitter kumpulan berkenaan sebentar tadi.
Due to incredible demand, a SIXTH Singapore National Stadium show has been added for Jan 31. Tickets on sale now at https://t.co/f3lexEiuMy pic.twitter.com/YvuhFxBMJB
— Coldplay (@coldplay) June 20, 2023
Peminat boleh mendapatkan tiket berkenaan melalui laman web rasmi Live Nation Singapura dengan harga serendah SG$68 (RM234).
Pengumuman berkenaan, ternyata mengejutkan ramai pihak terutamanya peminat-peminat di negara Asia yang lain seperti Malaysia dan Indonesia.
Rata-ratanya tidak berpuas hati dengan pengumuman berkenaan memandangkan konsert Coldplay hanya dijalankan selama sehari sahaja di Malaysia dan Indonesia.
Berikut antara komen netizen:
Kuala Lumpur Perlukan Hari Kedua


Macam Mana Dengan Malaysia?

Terdahulu, kumpulan ini mengejutkan peminat setianya apabila mengumumkan tambahan satu hari konsert di republik berkenaan menjadikan konsert itu akan dilaksanakan selama lima hari pada 19 Jun yang lalu.
Baca Artikel Berkaitan: