TikToker Singapura Diludah Selepas Tegur Influencer Indonesia Potong Barisan Di Konsert Bruno Mars [Video]
TikToker dari Singapura, Sabrina, berkata influencer tersebut telah memohon maaf kepadanya dan dia membuat keputusan untuk memaafkannya.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Umum sedia maklum bahawa konsert Bruno Mars baru sahaja berlangsung di negara jiran, Singapura pada 3, 5 dan 6 April lalu. Seperti lain-lain konsert di republik itu, ramai penonton dari negara-negara seluruh Asia Tenggara turut hadir ke sana.
Namun dalam keterujaan menyaksikan Bruno Mars secara langsung, ada pula yang sehingga berbalah kerana isu yang kecil/remeh.
Influencer Indonesia Ditegur Kerana Didakwa Potong Barisan
Baru-baru ini, seorang TikToker dari Singapura, Sabrina (@sabrinasimisai) telah memuat naik satu video yang menunjukkan dia sedang bertikam lidah dengan seorang influencer daripada Indonesia.
Dia pada mulanya telah menegur influencer tersebut, Una Dembler, kerana didakwa telah memotong barisan bagi ‘standing pen’ konsert Bruno Mars.
Una kemudiannya mendakwa terdapat individu yang membaling nasi ke arahnya, sebelum meludah ke arah Sabrina.
Una Dakwa Sedang Menunggu Rakan
Sabrina mendakwa Una telah duduk di hadapan seorang lelaki dalam barisan berkenaan. Namun setelah dia bertanya, lelaki tersebut memaklumkan bahawa dia tidak mengenali Una dan datang ke konsert itu sendirian.
Setelah ditegur, Una menjelaskan dia duduk di sana kerana sedang menunggu seorang kawan yang pada ketika itu berada di tandas.
Sabrina kemudiannya menerangkan bahawa dia duduk di bahagian hadapan barisan dan memintanya supaya ke belakang untuk menunggu rakannya.
Menerusi satu video lain di TikTok, Sabrina berkata dia tidak berasa marah dengan apa yang terjadi, tetapi terasa tidak dihormati.
“Dia tetap bersalah kerana memotong barisan. Bagi saya, cara terbaik dalam situasi tersebut adalah sama ada dia meminta maaf atau meninggalkan tempat itu. Atau tidak memotong barisan pada mulanya.”
TikToker Singapura, Sabrina
Una Berkeras Tiada Niat Potong Barisan
Dalam satu hantaran di Instastory, Una telah memohon maaf atas sikapnya tetapi berkeras bahawa dia tidak berniat untuk memotong barisan.
Dia meminta agar orang ramai turut mendengar cerita dari pihaknya dan mendakwa ada individu yang membaling nasi ke arahnya walaupun setelah dia berdiri untuk mengubah tempat.
“Wanita itu masih cuba membaling nasi ke arah saya. Malangnya, saya tidak merakam video ketika dia membaling nasi.”
Influencer Indonesia, Una Dembler
Sabrina walau bagaimanapun menafikan dakwaan terdapat individu yang membaling nasi ke arah Una.
Una Minta Maaf Pada Sabrina
Terkini, Sabrina memaklumkan dalam satu hantaran di TikTok bahawa Una telah meminta maaf kepadanya. Sabrina membuat keputusan untuk memaafkannya kerana mempercayai setiap orang berhak mendapat peluang kedua dalam hidup.