Tular Tumbuk Warga Emas Di Tapak Glamping, Individu Lelaki Ditahan Polis

Sejak semalam (29 Januari) tular video di media sosial memaparkan seorang pemuda yang bertindak memukul seorang wanita warga emas di sebuah kawasan tapak glamping, Tanjung Kling, Melaka.

Menerusi video tersebut, kelihatan lelaki berkenaan telah bertindak memukul kepada warga emas itu beberapa kali.

Video itu kemudiannya telah mendapat perhatian apabila ramai yang berang atas sikap lelaki berkenaan kerana tergamak mengasari individu lebih tua.

Baca artikel berkaitan: Tular Pukul Warga Emas, Ini Respon Pemilik Tapak Glamping – “Kami Hanya Pertahankan Diri”

Lelaki tular pukul warga emas di tapak glamping ditahan polis

Terbaharu, polis telah menahan lelaki tersebut pada tengah malam (29 Januari) selepas dipercayai menumbuk mangsa sehingga menyebabkan warga emas tersebam di lokasi terbabit.

Menurut Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit lelaki yang juga Orang Kurang Uaya (OKU) fizikal itu telah ditahan oleh sepasukan pegawai serta anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah pada jam 12.10 tengah malam.

Menerusi hasil siasatan awal yang dilakukan insiden yang tular di media sosial itu telah berlaku pada 28 Januari jam 1.20 petang semalam, selepas warga emas yang berusia 76 tahun itu ke tapak berkenaan dan menegur lelaki terbabit kerana membakar sampah secara terbuka.

“Mangsa mendakwa pembakaran terbuka itu telah dilakukan di tanah kawasan rumahnya dan menyebabkannya mengalami sesak nafas.

“Bagaimanapun semasa mangsa ke premis tersebut, telah berlaku pertengkaran mulut antara dia dengan suspek iaitu cucu kepada pemilik tapak glamping berkenaan,” jelasnya, lapor Kosmo.

Suspek pukul mangsa dan ugut untuk pukul guna kayu semasa warga emas lari masuk rumah

Tambah beliau lagi, pemuda yang berusia 26 tahun itu secara tiba-tiba meluru ke arah warga emas berkenaan sebelum bertindak menumbuk bahagian mukanya beberapa kali.

“Wanita itu kemudian cuba melarikan diri tetapi pemuda terbabit terus memukul bahagian belakang kepala mangsa sehingga menyebabkannya tersembam.

“Suspek turut mengugut mahu memukul mangsa menggunakan kayu selepas warga emas itu bangun dan berlari masuk ke dalam rumah,” katanya lagi.

Warga emas cedera dan alami rasa sakit pada beberapa bahagian anggota badan

Disebabkan serangan yang dilakukan oleh pemuda berkenaan, warga emas tersebut telah mengalami kecederaan tisu lembut serta sakit di bahagian belakang kepala, muka, leher termasuk belakang badan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 506 dan 323 Kanun Keseksaan.

Untuk makluman kami telah cuba menghubungi pihak tapak glamping berkenaan dan dimaklumkan bahawa pihak mereka akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung isu tersebut.

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

ASEAN Travel Passes: AirAsia VS Malaysia Airlines Flypass. Mana Satu Pilihan Anda?

Yang mana satu lebih berbaloi dari segi keseluruhan, sama ada MHflypass ASEAN atau ASEAN Explorer…

32 mins ago
  • News
  • Trending

Fahmi Fadzil Kesal, Kecam Tindakan Meta Turunkan Artikel Anwar Jumpa Hamas

Menurut Fahmi, akaun Meta Malaysia Gazette telah dinyahaktif sehingga terpaksa membuka akaun baru.

3 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

Blockout2024: Naim Daniel Buat Laporan Polis, Dedah Ibu Bapa Diugut Bunuh

Jelas pelantun lagu Sumpah itu, komen yang dilemparkan telah lari dari objektif asal ciapannya di…

4 hours ago
  • Info
  • Trending

Islam Larang Perbuatan Paksa Orang Melutut Mintak Maaf – Mufti Wilayah Persekutuan

Perbuatan melutut juga bercanggah dengan tuntutan syarak supaya memberi kemaafan dengan berlapang dada.

5 hours ago
  • Trending

Wanita Nekad Gugurkan Kandungan Lepas Tahu Suami Seorang Pedofilia [Video]

Menurut Nur, keputusan itu dibuat setelah anak sulungnya yang berusia 12 tahun mendedahkan perbuatan keji…

6 hours ago
  • Trending

“Bukan Semua Tanggungjawab Kami” – DBKL Jelaskan Fakta Tentang Pokok Di KL Yang Ramai Tak Tahu

Bagi pokok awam yang dijaga oleh DBKL, pihak mereka akan melakukan pemantauan berkala jika berlaku…

7 hours ago