fbpx
Now Reading
Tular Pukul Warga Emas, Ini Respon Pemilik Tapak Glamping – “Kami Hanya Pertahankan Diri”

Tular Pukul Warga Emas, Ini Respon Pemilik Tapak Glamping – “Kami Hanya Pertahankan Diri”

Penularan video tersebut telah menaikkan kemarahan rata-rata pengguna X atas tindakan lelaki terbabit yang disifatkan tidak mempunyai belas kasihan terhadap warga emas.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Hari ini (29 Januari), tular di media sosial satu video yang memaparkan seorang lelaki bertindak mencederakan seorang wanita warga emas di sebuah kawasan kampung berdekatan tapak perkhemahan.

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di laman X akaun @kekhalid, lelaki yang didakwa sebagai pemilik kepada sebuah tapak glamping di Melaka itu dilihat memukul kepala warga emas terbabit beberapa kali.

Lelaki terbabit didakwa berang kerana ditegur membakar sampah

Dakwa pemilik video, kejadian tersebut berlaku kerana lelaki berkenaan berang selepas ditegur kerap membakar sampah di belakang kawasan rumah warga emas itu.

“Katanya nenek tak puas hati owner tapak glamping selalu bakar sampah belakang rumah. Nenek pergi ‘sound’ (tegur) lepas itu kena pukul dengan owner,” ciapnya.

Penularan video tersebut telah menaikkan kemarahan rata-rata pengguna X atas tindakan lelaki terbabit yang disifatkan tidak mempunyai belas kasihan terhadap warga emas.

Pihak glamping dakwa warga emas itu terlebih dahulu pukul pekerjanya, video telah disunting

Bagaimanapun, pihak glamping terbabit menerusi satu kenyataan balas di laman Facebook rasminya mendakwa bahawa warga emas berkenaan yang bertindak dahulu memukul salah seorang pekerjanya.

Menurutnya, video yang tular di media sosial telah disunting (crop) bagi menampakkan bahawa pihaknya yang bersalah dan warga emas terbabit sebagai mangsa keadaan.

“Jangan tengok video yang dipotong, lepas itu buat jadi mangsa keadaan, nenek ini yang memukul nenek yang bekerja di glamping kami. Nenek yang dipukul berumur 70 tahun.

“Video yang pihak sana kongsikan telah disunting (crop), tunjuk dia kena pukul padahal pihak kami halau dia dan rampas kayu agar dia tidak pukul lagi,” tulisnya.

Warga emas hasut dan mengadu pada orang ramai pihak glamping buat kotor

Menurutnya lagi, warga emas terbabit turut menghasut dan mengadu kepada orang ramai bahawa pihaknya telah melakukan kekotoran.

“Kami kemas kawasan sekitar glamping agar tidak ada ular dan binatang lain untuk keselamatan bersama, (tapi) tuduh kami buang sampah.

“Hari ini sangat melampau sampai pukul pekerja glamping, kami sekadar mempertahankan diri. Berlaku pergelutan tapi video ‘dicrop’ agar nampak pihak jiran kami tak salah,” tulisnya lagi.

Berkongsi lanjut, mereka turut menyerahkan kes terbabit sepenuhnya kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan.

Kami sedang cuba menghubungi pengusaha glamping bagi mendapatkan respon beliau berhubung isu ini.

Berikut komen yang diberikan oleh netizen di laman X:
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.