Akaun 2 Boleh Digunakan Untuk Beli Insurans & Takaful Ahli Keluarga – KWSP

Umum mengetahui setiap individu yang bekerja khususnya di sektor swasta akan mencarum dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang ditolak melalui gaji bulanan.

Simpanan di dalam KWSP ini dilakukan untuk penggunaan di hari tua kelak apabila sudah tidak lagi bekerja atau bersara. Simpanan ini juga tidak boleh dikeluarkan sewenang-wenangnya melainkan untuk tujuan tertentu yang dibolehkan atau pengeluaran khas yang dibenarkan kerajaan.

KWSP beri kebenaran guna Akaun 2 untuk beli insurans ahli keluarga

Terbaharu, KWSP mengumumkan pelancaran i-Lindung Fasa 2 yang memberi kebenaran kepada pencarum untuk menggunakan Akaun 2 bagi membuat pembelian produk insuran hayat serta penyakit kritikal secara takaful kepada ahli keluarga.

Mana-mana pencarum yang berminat untuk membuat pembelian atau menyertai produk takaful yang ditawarkan daripada syarikat insurans dan pengendali takaful yang diluluskan KWSP untuk diri mahupun ahli keluarga boleh melakukan perkara tersebut menerusi platform i-Lindung di aplikasi KWSP i-Akaun.

Kerajaan sebelum ini telah melancarkan i-Lindung pada 12 Julai 2022 bagi melindungi pencarum dan keluarga mendepani situasi tidak diduga atau luar kawalan.

Lebih 102,301 ahli KWSP beli polisi dan produk takaful menggunakan platform KWSP

Sejak pelancarannya itu sehinga Disember 2023, seramai lebih daripada 102,301 ahli KWSP telah membeli sebanyak 118,166 polisi serta produk takaful menggunakan platform terbabit.

Perlindungan yang dibeli oleh ahli termasuk insurans hayat serta penyakit kritikal pada premium yang berpatutan.

Menurut laporan Dagang News yang memetik New Straits Times, KWSP telah memperkenalkan peningkatan yang penting untuk memberi tumpuan terhadap pengurusan polisi dan sijil yang meliputi kepada perlindungan lanjutan melebihi satu tahun.

Platform KWSP turut dinaik taraf dan ia tidak hanya menawarkan ciri seperti pengurusan dasar yang diperkemaskan tetapi pembayaran berulang yang mudah bagi perlindungan pada jangka panjang.

Recent Posts

  • Trending

Dituduh Tak Cakna Isu Di Rafah, Ning Baizura Akhirnya Tampil Beri Penjelasan [Video]

Menurut Ning Baizura, dia juga tahu mengenai apa yang berlaku di Palestin, tidak seperti apa…

19 hours ago
  • Trending

Islam Tidak Merestui Perbuatan Atau Penganjuran ‘Speed Dating’ – Mufti Pulau Pinang

Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…

2 days ago
  • News
  • Trending

KPN Sahkan Suspek Kes Serangan Balai Polis Ulu Tiram Anggota JI, 7 Individu Ditahan

Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…

2 days ago
  • Trending

“Mentaliti Rendah” – Pemandu Parkir Kereta Di Selekoh & Pejalan Kaki Dikecam

Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…

2 days ago
  • Hiburan
  • Trending

Fatiya Latiff Dedah Hidap Skizofrenia, Mohon Maaf Pada Ibu Dalam Ucapan Hari Jadi

Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.

2 days ago
  • Trending

“Tak Perlu 8 Bulan”- Dr Akmal Saleh Bantu Selesai Masalah Ketiadaan Meja & Kerusi Dalam Tempoh 24 Jam [Video]

Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…

2 days ago