Itochu Aviation Akan Tamatkan MoU Dengan Syarikat Pertahanan Israel – FamilyMart

Selepas timbul gerakan untuk memboikot syarikatnya, semalam (5 Februari), FamilyMart Malaysia tampil menjelaskan bahawa pada Mac 2023, Itochu Aviation (anak syarikat kepada Itochu Corporation) telah menandatangani Memorandom Persefahaman (MoU) dengan Nippon Aircraft Supply dan juga pembuat peralatan senjata dari Israel, Elbit Systems.

Menerusi satu kenyataan yang dikongsikan di akaun media sosial mereka, Family Mart menjelaskan MOU tersebut bertujuan untuk mengimport teknologi pertahanan ke Jepun atas dasar keselamatan negara Jepun.

MOU akan ditamatkan

Namun mereka pada 5 Februari mendapat makluman dari syarikat induk FamilyMart bahawa MOU tersebut akan ditamatkan sebagai menyokong sokongan terhadap perintah Mahkamah Keadilan Antarabangsa.

“Keputusan ini dibuat bagi menyokong sokongan kerajaan Jepun terhadap perintah Mahkamah Keadilan Antarabangsa (International Court of Justice) baru-baru ini yang termasuk mencegah tindakan pembunuhan beramai-ramai di Semenanjung Gaza,” tulis kenyataan berkenaan.

Mengulas lanjut, FamilyMart Malaysia menegaskan bahawa pihak mereka tidak menyokong aktiviti keganasan atau pembunuhan. FamilyMart Malaysia juga tidak menyumbang ataupun menderma bahkan berurusan dengan Israel.

Boikot sudah bermula di Jepun

Terdahulu, rakyat Jepun telahpun menggesa orang ramai untuk memboikot kedai FamilyMart. Ia disebabkan oleh pemegang saham terbesar syarikat itu adalah Itochu Corp yang dikatakan masih bekerjasama dengan Israel.

Malah, seruan untuk memboikot FamilyMart juga telah diadakan di hadapan ibu pejabat syarikat penerbangan Itochu itu sendiri di mana foto-foto demonstrasi telah dimuat naik di media sosial oleh rakyat Jepun sendiri.

Netizen Malaysia menerusi media sosial juga dilihat mula meluahkan hasrat mereka untuk memboikot kedai serbaneka berkenaan selepas mengetahui tentang pemegangan saham tersebut.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Jumlah Kelahiran Bayi Di Malaysia Semakin Menurun Berbanding Suku Tahun Pertama 2023

Menurut Ketua Jabatan Perangkaan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir setakat suku pertama tahun 2024…

3 hours ago
  • Trending

Anak Gigih Buat Slaid Kerana Mahu Pinjam Kereta Ibu Untuk Bercuti Undang Perhatian [Video]

Jelas Wan, anaknya sebelum ini telahpun meminta izin untuk menggunakan kenderaan miliknya, namun dia belum…

3 hours ago
  • Trending

Ramai Suka Konsep Cari Jodoh Sambil Makan & Borak Santai Di Kafe [Video]

Menerusi video yang tular di media sosial, kelihatan peserta dapat mengenali antara satu sama lain…

5 hours ago
  • Trending

Gara-gara Tidur Lepas Asar, Telatah Lucu Kanak-kanak Ini Kalut Bersiap Ke Sekolah Bikin Ramai Terhibur [Video]

Kanak-kanak berkenaan turut menganggap hari itu merupakan hari Khamis ketika disoal oleh ibunya sedangkan hari…

5 hours ago
  • Info

Akaun 3 KWSP Dah Bermula, Ini Cara Pindahkan Wang Ke Akaun Fleksibel [Video]

Pemindahan wang simpanan ke dalam Akaun Fleksibel boleh dilakukan bermula kelmarin (12 Mei) hingga 31…

7 hours ago
  • Trending

Pemuda Kongsi Pengalaman Selepas Disahkan Hidap Kanser [Video]

Menurut pejuang kanser itu dia mengalami rasa sakit di bahagian tulang belakang bagi tempoh yang…

7 hours ago