Itochu Aviation Akan Tamatkan MoU Dengan Syarikat Pertahanan Israel – FamilyMart
FamilyMart Malaysia juga menegaskan pihaknya tidak menyumbang ataupun menderma bahkan berurusan dengan Israel.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Selepas timbul gerakan untuk memboikot syarikatnya, semalam (5 Februari), FamilyMart Malaysia tampil menjelaskan bahawa pada Mac 2023, Itochu Aviation (anak syarikat kepada Itochu Corporation) telah menandatangani Memorandom Persefahaman (MoU) dengan Nippon Aircraft Supply dan juga pembuat peralatan senjata dari Israel, Elbit Systems.
Menerusi satu kenyataan yang dikongsikan di akaun media sosial mereka, Family Mart menjelaskan MOU tersebut bertujuan untuk mengimport teknologi pertahanan ke Jepun atas dasar keselamatan negara Jepun.
MOU akan ditamatkan
Namun mereka pada 5 Februari mendapat makluman dari syarikat induk FamilyMart bahawa MOU tersebut akan ditamatkan sebagai menyokong sokongan terhadap perintah Mahkamah Keadilan Antarabangsa.
“Keputusan ini dibuat bagi menyokong sokongan kerajaan Jepun terhadap perintah Mahkamah Keadilan Antarabangsa (International Court of Justice) baru-baru ini yang termasuk mencegah tindakan pembunuhan beramai-ramai di Semenanjung Gaza,” tulis kenyataan berkenaan.
Mengulas lanjut, FamilyMart Malaysia menegaskan bahawa pihak mereka tidak menyokong aktiviti keganasan atau pembunuhan. FamilyMart Malaysia juga tidak menyumbang ataupun menderma bahkan berurusan dengan Israel.
Boikot sudah bermula di Jepun
Terdahulu, rakyat Jepun telahpun menggesa orang ramai untuk memboikot kedai FamilyMart. Ia disebabkan oleh pemegang saham terbesar syarikat itu adalah Itochu Corp yang dikatakan masih bekerjasama dengan Israel.
Malah, seruan untuk memboikot FamilyMart juga telah diadakan di hadapan ibu pejabat syarikat penerbangan Itochu itu sendiri di mana foto-foto demonstrasi telah dimuat naik di media sosial oleh rakyat Jepun sendiri.
Netizen Malaysia menerusi media sosial juga dilihat mula meluahkan hasrat mereka untuk memboikot kedai serbaneka berkenaan selepas mengetahui tentang pemegangan saham tersebut.
Siti Murni is a Sponsored Content Writer for BuzzKini. Well, hello to you too! :)