Dunia Sedang Menuju ‘Zaman Huru-hara’ – Setiausaha Agung PBB

Kebelakangan ini, semakin banyak peperangan di antara dua negara berlaku terutamanya di Timur Tengah seperti konflik Israel-Gaza yang masih berlarutan sehingga ke hari ini.

Susulan itu, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) iaitu Antonia Guterres menyatakan yang dunia kini sedang menuju ke arah ‘zaman huru-hara’.

Memetik laporan RT, Guterres berkata Majlis Keselamatan PBB terus berbalah dan gagal menangani isu geopolitik kritikal serta krisis global semasa.

Wujudkan fasa ketidaktentuan kepada orang awam

Menurut beliau, konflik dan perang global ini telah mewujudkan realiti berbahaya serta fasa ketidaktentuan kepada orang awam.

“Bagi berjuta-juta penduduk awam yang terperangkap dalam konflik di seluruh dunia, kehidupan mereka adalah di ambang kematian,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika memberi ucapan dalam majlis Perhimpunan Agung PBB Majlis Keselamatan pada tahun ini.

Beliau menggambarkan tentang ‘era huru-hara’ itu seperti akan mewujudkan situasi berbahaya dan tidak menentu ketika Majlis Keselamatan PBB berada dalam kebuntuan akibat keretakan geopolitik.

Foto: Twitter/antonioguterres

Konflik perang Israel-Gaza antara punca perpaduan PBB berpecah-belah

Menurutnya lagi, antara isu yang memecahbelahkan perpaduan PBB ialah perang Israel-Palestin. Tegas Guterres, beliau terkejut dengan laporan media bahawa rejim Zionis ingin menumpukan serangan di selatan Semenanjung Gaza.

Kawasan di selatan Gaza itu diduduki oleh lebih sejuta pelarian Palestin yang mencari tempat perlindungan daripada serangan udara dan darat Israel.

Foto: Pexels

“Tindakan seperti itu akan meningkatkan lagi konflik yang sudah pun menjadi mimpi ngeri kemanusiaan dengan impak serantau yang tidak dapat dibayangkan,” katanya lagi.

Guterres kecam negara yang tambah bilangan senjata pemusnah

Dalam pada itu, Guterres turut menyelar negara-negara yang berusaha menambah bilangan senjata pemusnah besar-besaran terutamanya senjata nuklear. Jelasnya, langkah itu hanya akan menggugat keselamatan global dan menambah ketegangan serantau.

“Selepas berdekad-dekad usa­ha melucutkan senjata nuklear dilakukan, negara-negara kuasa besar kini bersaing untuk menjadikan senjata nuklear masing-masing menjadi lebih pantas, senyap dan tepat,” ujar Guterres.

Tambahnya, senjata-senjata itu yang dibangunkan tanpa sebarang kawalan hanya akan mewujudkan cara baharu untuk manusia saling berbunuhan dan memusnahkan diri mereka sendiri.

Percanggahan pendapat dalam anggota Majlis Keselamatan pada masa kini lebih buruk

Berkongsi lanjut, beliau berkata meskipun wujud perbezaan dalam kalangan negara anggota Majlis Keselamatan pada masa lalu, percanggahan pada masa kini adalah jauh lebih buruk dan lebih berbahaya.

“Semasa Perang Dingin, meka­nisme sedia ada membantu menguruskan hubungan antara kuasa-kuasa besar dunia. Namun, dalam dunia pelbagai polar masa kini, mekanisme itu tidak lagi wujud,” ujarnya lagi.

Ketua PBB itu turut menggesa negara-negara anggota Majlis Keselamatan supaya menjadikan Bumi aman dengan mengurangkan pencemaran yang merosakkan tamadun manusia.

Recent Posts

  • Trending

“Nak Try Je, Kawan Cakap Lepas” – Tular Wanita Didakwa Edit Resit, Cuba Tipu Peniaga Pasar Malam

Wanita itu berkata bahawa dia jarang berbuat demikian dan hanya ingin mencuba selepas salah sorang…

6 mins ago
  • News
  • Trending

Hujan Lebat Punca Kejadian Kepala Air Di Lata Iskandar – Bomba

Menurut Sabarodzi, tiada mangsa yang terlibat dan tidak menyebabkan berlakunya banjir atau pemindahan penduduk setempat.

17 mins ago
  • Hiburan
  • Trending

“Tahun Terakhir Saya Sebagai Penyanyi” – Aliff Syukri Umum Undur Diri Dari Dunia Nyanyian

Menurut usahawan terkenal itu, dia sudah putus asa dan mahu memberikan peluang kepada artis-artis baharu…

15 hours ago
  • Trending

Lelaki Handsome Bila Berduit? Ini Pendapat Golongan Wanita [Video]

Topik ini mula timbul selepas video seorang influencer TikTok bertanya kepada beberapa individu apakah definisi…

16 hours ago
  • Trending

Kejadian Kepala Air Di Lata Iskandar Cetus Kerisauan Ramai [Video]

Menurut Amsyar, insiden dirakam kira-kira jam 7.40 pagi pada 13 Mei ketika dia menuju ke…

16 hours ago
  • Trending

Penunggang Motosikal Dikecam Selamba Rosakkan Cermin Sisi Ativa Ketika Di Jalan Raya [Video]

Menerusi video tersebut, kelihatan penunggang motosikal terbabit memukul cermin sisi kereta Ativa berkenaan dan menyebabkan…

17 hours ago