Video Kemalangan Babitkan 5 Motosikal & 2 Kereta Di Iskandar Puteri, Johor Raih Perhatian

Sejak semalam (12 Februari), tular satu video di media sosial memaparkan kemalangan membabitkan beberapa buah motosikal dan kenderaan.

Menerusi video tular itu, kelihatan beberapa penunggang motosikal bergelimpangan di atas jalan raya berkenaan.

Malah serpihan dan badan motosikal turut dilihat berselerak serta menyebabkan jalan raya tersebut tidak dapat dilalui oleh kenderaan besar seperti kereta dan lori.

Susulan daripada itu, kelihatan segelintir dari pengguna jalan raya lain turun dan cuba mengalihkan motosikal berkenaan.

Video tular itu nyata menarik perhatian ramai, di mana rata-rata netizen menyifatkan kawasan tersebut sering berlaku kemalangan membabitkan motosikal.

Menurut laporan, insiden membabitkan lima motosikal dan dua kereta berlaku di Kilometer (KM) 5.4 Jalan Sultan Ismail Sultan menghala ke Johor Bharu.

Kemalangan berlaku selepas kereta Mazda ubah laluan kerana cuba elak motosikal yang telah terbabas

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, ACP Rahmat Ariffin memaklumkan pada jam 10.21 malam, 11 Februari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah itu telah menerima laporan berhubung insiden terbabit.

Menerusi siasatan awal dilakukan mendapati kemalangan membabitkan tujuh kenderaan itu berlaku selepas sebuah kereta Jenis Mazda mengubah laluannya dari sebelah kiri kerana cuba mengelak sebuah motosikal yang telah terbabas dan tidak dialihkan di lorong bahagian kanan.

“Kemudian sebuah kenderaan jenis Kia yang berada di belakang kereta Mazda cuba mengelak dan berhenti secara mengejut di bahu kanan jalan, menyebabkan sebuah motosikal yang bergerak lurus tidak dapat mengelak dan melanggar belakang kereta Kia tersebut.

“Ia disusuli dengan pelanggaran empat lagi motosikal yang berlaku sesama sendiri dan datang dari arah belakang,” ujarnya.

4 penunggang alami kecederaan ringan, 2 lagi dibawa ke HSA untuk rawatan rapi

Berikutan daripada kemalangan tersebut, dua mangsa telah dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bharu untuk mendapatkan rawat di unit rawatan rapi, manakala empat lagi penunggang hanya dilaporkan mengalami kecederaan ringan.

Kedua-dua pemandu kereta pula tidak mengalami sebarang kecederaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beliau dalam masa sama turut meminta orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat lanjut berhubung insiden itu untuk tampil membantu siasatan atau hubungi pegawai penyiasat kes Inspektor Muhammad Farhan Roslen di talian 017 630 4943 atau hubungi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Iskandar Puteri di 07 510 1322.

Recent Posts

  • Trending

“Maaf Hanya Mampu Bawa Pergi Kedai Eco” – Lelaki Bawa Ibu Pergi Kedai RM2 Sempena Hari Ibu Raih Perhatian [Video]

Melalui video yang dikongsikan itu, kelihatan ibu pemuda berkenaan dilihat sedang memilih bunga perhiasan serta…

54 mins ago
  • Trending

Ramai Kagum Lihat Wanita Jaga Ibu ‘Bedridden’, Siap DIY Katil [Video]

Menurut Aisyah ayahnya sakit sejak tahun 2021 kerana sakit saraf manakala si ibu pula sakit…

1 hour ago
  • Trending

Gerakan ‘Blockout’ Bermula, Netizen Nak Selebriti & Influencer Tunjuk Solidariti Terhadap Palestin [Video]

Gerakan 'blockout 2024' terhadap sesetengah selebriti atau pempengaruh tempatan adalah disebabkan mereka didakwa masih mempromosi…

2 hours ago
  • Trending

Anis Nabilah Dipuji, Bantu Hantar Lelaki OKU Penglihatan Pulang Ke Rumah [Video]

Selain membantu menghantar pemuda OKU berkenaan pulang ke rumah, warganet turut memuji tindakan Anis yang…

3 hours ago
  • Trending

Ramai Kecam Tindakan Sekumpulan Individu Selamba Masak Mi Atas Dapur Di Stesen Minyak Genting Highlands [Video]

Menerusi video, kelihatan kumpulan berkenaan membawa dapur mudah alih, meja serta kerusi untuk memasak mi…

4 hours ago
  • Trending

[Video] Gara-gara Keluar Tak Bawa IC, Lelaki Dedah Pernah Tidur Lokap 4 Hari Dan Dipenjara Sehari

Disebabkan tidak mahu kad pengenalan sementara yang berupa sekeping kertas menjadi ronyok, lelaki ini bertindak…

5 hours ago