ATM Bakal Rekrut ‘Hackers’ Tangani Serangan Siber & Ancaman Digital

Tidak dinafikan saban hari ada sahaja laporan cubaan untuk mengodam maklumat individu lain menerusi media sosial dan sebagainya.

Malah institusi kerajaan juga tidak lari daripada masalah ini, apabila terdapat individu tidak bertanggungjawab yang cuba untuk mengodam bagi mendapatkan data sulit untuk kepentingan sendiri.

Perkara ini adalah bahaya dan perlu dipandang serius kerana bimbang ia boleh mengancam kepada keselamatan negara.

ATM rekrut ‘hackers’ untuk perkukuhkan sistem pertahanan negara

Terbaharu, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dilaporkan bakal merekrut ‘hackers’ sebagai aset untuk memperkukuhkan lagi sistem pertahanan negara.

Pembentukan aset itu seiring dengan usaha untuk membangunkan lagi ATM di masa hadapan.

‘Hackers’ yang diambil akan ada uniform dan pasukan sendiri

Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mereka yang direkrut nanti akan memberikan fokus kepada ancaman seperti serangan siber, ancaman digital dan juga eltromagnetik pertahanan.

Malah mereka juga akan mempunyai uniform untuk angkatan mereka sendiri.

“Malah, ramai penganalisis meramalkan yang pertempuran atau pertembungan kuasa akan lebih membabitkan kecanggihan teknologi seperti ‘unmanned drones’ dan aset yang dikawal secara digital.

“Semua ini menjadi asas untuk kita melihat secara serius keupayaan teknologi Kecerdasan Buatan (AI), ‘big data’ dan pendigitalan di Kementerian Pertahanan (MINDEF) dan ATM.

“Satu hari nanti kita akan ambil anggota tentera yang pandai dan hebat, yang boleh menjadi ‘hackers’ (penggodam) dan sebagainya. Dia ada uniform sendiri, pasukan dan sebagainya.

“Perang masa depan akan lihat dari sistem saja. Itu sebab, kita kena kaji supaya kita tak ketinggalan kerana negara lain terutama Singapura sudah jadikan ini sebagai ketumbukan keempat dalam sistem perkhidmatan tenteranya,” ujar beliau, lapor Berita Harian.

Penubuhan pasukan ‘hackers’ untuk kukuhkan sistem kawalan dan pemantauan

Jelas beliau lagi, tujuan penubuhan pasukan angkatan itu adalah untuk mengukuhkan sistem kawalan serta pemantauan di perairan termasuklah sempadan negara daripada apa-apa ancaman penyeludupan.

“Kita berjiran dengan banyak negara dan kita kena lihat dron yang masuk. Kita difahamkan sekarang penyeludup mereka memang pakai dron, dia mahu tahu di mana (pasukan keselamatan), di mana operasi kita, anggota kita, jadi dia tak akan mendarat di kawasan itu.

“Sebab itu mereka masih boleh mendarat (menyeludup) sebab dia (pantau) pakai dron. Jadi bagaimana kita boleh lumpuhkan dron mereka supaya tindakan kita lebih berkesan.”

Jadikan kes berlaku di Amerika sebagai iktibar

Kata Mohamed Khaled, beliau yakin persediaan untuk merekrut ‘hacker’ adalah sangat penting. Bukan hanya itu, beliau turut menjadikan isu penggodaman dan kecurian fail dari Pentagon di Amerika Syarikat yang juga digelar satu ‘insiden besar’ pada akhir tahun lalu itu sebagai iktibar.

Malah insiden tersebut telah menyebabkan lebih daripada 600,000 emel terjejas dan memberi impak kepada lebih 2,500 organisasi kerajaan.

“Malah, pada bulan lalu saja, satu lagi insiden yang hampir sama turut dilaporkan membabitkan data berkaitan dengan ketenteraan AS. Insiden sebegini bukan perkara baharu. Malah, akan terus berlaku,” kata beliau.

Sementara itu, katanya lagi penyediaan dan pembangunan angkatan masa hadapan perlu menjadi matlamat yang besar yang mendasari Kertas Putih Pertahanan serta dasar atau pelan strategik yang mendukungnya.

Walau bagaimanapun, ia perlu difahami dalam konteks yang luas serta strategik iaitu ia tidak semestinya merujuk kepada pengambilan lebih ramai anggota atau perolehan lebih banyak aset.

“Penggodaman serta serangan siber hasil operasi atau kegiatan yang disebut ‘hacktivist’ adalah sesuatu yang berisiko memberi impak besar kepada keselamatan dan pertahanan sesebuah negara.

“Malah mampu melumpuhkan aktiviti ekonomi, perjalanan pentadbiran kerajaan sistem perubatan dan pengangkutan serta banyak lagi impak serius.”

Recent Posts

  • Trending

ZUS Coffee Umum Pendirian Sokong Pembebasan Palestin Dan Menentang Genosid

ZUS Coffee dalam menyatakan bahawa mereka menentang isu pembunuhan beramai-ramai yang berlaku kepada masyarakat Palestin…

16 mins ago
  • Trending

Tak Sependapat Dengan Azhar Sulaiman, Leona Kongsi Pengalaman Ke Palestin

Menurut Leona, dia dan bapanya sering berbeza pendapat dalam pelbagai perkara malah dia sendiri sukar…

20 mins ago
  • Trending

Padah Masuk Lorong Ditutup Untuk Selenggara, Axia Terbalik Di Lebuh Raya [Video]

Menerusi video tersebut kelihatan kereta Axia tersebut terbalik selepas melanggar timbunan objek dipercayai batu tar…

32 mins ago
  • News
  • Trending

Balai Polis Ulu Tiram Diserang, 2 Anggota Maut & Seorang Cedera

Suspek yang bertopeng dan menyerang Balai Polis Ulu Tiram bagaimanapun berjaya ditembak mati di lokasi…

1 hour ago
  • Trending

“Terima Kasih Atas Teguran” – Daiyan Trisha Batalkan Kontrak Dengan Beberapa Jenama Antarabangsa

Menurut Daiyan Trisha, dia bersyukur kerana isu ini telah membawa orang ramai untuk kembali fokus…

2 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

Blockout2024: “Tidak Perlu Sampai Memaki & Memalukan”- Siti Nurhaliza

Jelas penyanyi nombor satu negara itu, sekiranya seseorang mahu menegur, ia harus dilakukan dengan beradab…

19 hours ago