Kes Lelaki Diikat & Dipukul, Keluarga Tak Sanggup Lihat Video Tular

Pada 21 Februari lalu tular insiden seorang lelaki yang meninggal dunia akibat diikat dan dipukul oleh sekumpulan lelaki di Kajang, Selangor.

Perkara itu difahamkan berlaku selepas mangsa, Shahril Samad, 41, yang memandu kereta Proton Saga terbabit dalam kemalangan dengan seorang penghantar makanan.

Susulan itu, mangsa kemudian telah dikejar orang awam sehingga ke Taman Pelangi Semenyih 2, Selangor sebelum kereta yang dipandunya terbabas melanggar pagar kawasan perumahan.

Baca artikel berkaitan: Pemandu Saga Dipercayai Ditarik, Diikat, Dipukul Hingga Mati Oleh Orang Awam Di Kajang

Keluarga mahu keadilan buat Shahril

Terbaharu keluarga mangsa menuntut keadilan buat Allahyarham selain menyifatkan dia tidak sepatutnya diperlakukan sedemikian rupa.

Ini kerana, mereka yang bertindak memukul dan mengikat mangsa telah bertindak mengikut perasaan.

Bapa kepada mangsa, Samad Bakar, 70, turut memaklumkan dia tidak sanggup untuk melihat video insiden yang sohor di media sosial.

Malah mereka sekeluarga berharap agar individu-individu yang terlibat dalam insiden tersebut dibawa ke mahkamah dan mendapat hukuman sewajarnya.

Awalnya hanya diberitahu mangsa dipukul

Jelas Samad, perkara itu hanya diketahui selepas anak ketiga menghubunginya pada jam sekitar 1.30 pagi pada hari kejadian.

“Ketika itu anak saya hanya beritahu arwah dipukul. Tiada pula dia maklum yang dia (Shahril) sudah meninggal dunia.

“Saya mula bersiap ke lokasi, namun anak beritahu tidak perlu kerana arwah sudah dibawa ke Hospital Serdang,” jelasnya.

Arwah masih bujang dan selalu bantu ibu bapa di kedai

Ujar warga emas itu lagi dia tidak tahu bagaimana insiden sebenar berlaku namun menyifatkan anaknya tidak wajar diperlakukan sebegitu.

“Arwah anak kedua dari tujuh beradik dan seorang yang baik malah tidak pernah melawan apabila dimarahi. Dia masih bujang dan yang membantu saya serta isteri di kedai kami.

“Sebelum kejadian berlaku arwah tidak menunjukkan tanda-tanda pelik yang dia akan tinggalkan kami, namun dua hari lepas dia secara tiba-tiba pulang dan tidur di rumah sedangkan selama ini dia tidur di kedai,” ujarnya, lapor Berita Harian.

Adik serahkan kepada polis untuk ambil tindakan sewajarnya

Dalam pada itu, adik kepada Sharil iaitu Syazwan yang berusia 27 tahun menyerahkan segalanya kepada pihak polis untuk mengambil tindang undang-undang terhadap pihak yang terlibat.

“Mereka tidak sepatutnya dilepaskan begitu saja kerana telah menyebabkan kematian. Saya sendiri ada rakaman keseluruhan kejadian daripada orang awam yang berada di lokasi dan maklumkan bersedia jadi saksi.

“Oleh sebab itu kami harap ada keadilan kepada kematiannya,” jelasnya.

Ibu Khalijah Ahmad berusia 64 tahun terpaksa ditenangkan kerana tidak dapat menahan sebak apabila mengenangkan insiden yang menimpa mangsa.

Arwah seorang yang suka tersenyum

Menurut seorang rakan arwah di Facebook, Shahril seorang yang gemar tersenyum dari bercakap. Malah dia turut menuntut keadilan untuk arwah.

Orang awam tak sepatutnya ambil tugas polis

Manakala Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lenggeng, Datuk Mohd Asna Amin yang hadir melawat keluarga mangsa turut menyifatkan tindakan pihak mengikat dan pukul mangsa adalah sesuatu yang melampau.

“Jika marah atas insiden berlaku, tidak sepatutnya dia dihukum sebegitu sehingga menyebabkan kematiannya. Ramai terperanjat seolah-olah tiada perikemanusian.”

Dia juga berpendapat orang ramai tak sepatutnya ambil tugas polis untuk hukum mangsa.

“Keluarga arwah sudah tentu terkesan dengan kejadian. Mereka yang ditahan juga pasti akan menyusahkan keluarga kerana tindakan beremosi mereka. Saya harap pelaku dapat dihadapkan ke mahkamah di bawah akta sepatutnya,” jelasnya lagi.

Recent Posts

  • Trending

Ayah Ayu Ting Ting Berang, Jemaah Haji Malaysia Hina Indonesia Negara Miskin? [Video]

Dalam pada itu, isteri kepada lelaki berkenaan yang juga bapa kepada Ayu Ting Ting turut…

11 mins ago
  • Trending

Wanita Dikritik Selepas Suap Bayi 10 Hari Dengan Makanan Pepejal

Perkongsian tersebut telah mengundang kecaman ramai yang kurang bersetuju makanan bentuk pepejal diberikan kepada bayi…

38 mins ago
  • Trending

Phua Chu Kang Curi Perhatian, Lebih Gemarkan Nasi Lemak Malaysia Dari Singapura

Apa yang lebih menarik perhatian apabila Phua Chu Kang atau nama betulnya Gurmit Singh dilihat…

43 mins ago
  • News
  • Trending

15 Orang Ditahan Kes Masak Mi Segera Di Stesen Minyak, Polis Sahkan Tiada Anak VIP

Menurut Ketua Polis Daerah Bentong, Zaiham empat individu dari 15 yang ditahan akan dituduh di…

2 hours ago
  • Trending

Lelaki Istimewa Tatap Gambar Arwah Ibu Bapa, Mengadu Jam Tangan Rosak Buat Ramai Sebak [Video]

Dalam video sama, turut kelihatan dia mencium gambar bapanya sebelum mengambil sebatang pen dan menuliskan…

3 hours ago
  • News

“Kubur Suspek Serang Balai Polis Ulu Tiram Perlu Dijauhkan Dari Yang Lain” – Jawatankuasa Fatwa Johor

Keputusan menjarakkan kubur suspek adalah bagi memberi peringatan kepada masyarakat supaya tidak terlibat dengan aktiviti…

3 hours ago