Pelajar Sekolah Agama Berasrama Penuh Dilarang Makan, Minum Guna Botol & Bungkusan Plastik – Sultan Perak

Sejak beberapa tahun yang lalu, penggunaan plastik dalam aktiviti seharian seperti membeli-belah, membungkus makanan atau minuman sudah semakin berkurangan dan terkawal di seluruh dunia.

Hal ini kerana plastik merupakan antara salah satu punca terhadap kerosakan alam sekitar memandangkan ia sukar dilupuskan.

Antara inisiatif yang dilakukan oleh kebanyakan negara termasuk Malaysia dalam mengawal penggunaan plastik adalah dengan mengamalkan konsep kitar semula atau beralih ke produk biodegrasi.

Gambar sekadar hiasan (Foto: Pexels)

Sultan Perak larang pelajar makan dan minum dalam botol atau bungkusan plastik

Terbaharu, Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzudin Shah juga bertitah agar sekolah-sekolah agama berasrama penuh di negeri itu melarang para pelajar menggunakan minuman dan makanan dalam botol atau bungkusan plastik.

Titah baginda, hal ini kerana pada masa kini dunia sedang diancam dengan kesan buruk kepada alam sekitar akibat penggunaan plastik sekali guna yang tidak terkawal.

Kebanyakan bahan plastik tidak terlupus, hanya terurai jadi microplastics

Baginda bertitah, kebanyakan bahan plastik tidak terlupus sepenuhnya dan hanya terurai kepada partikel kecil ‘microplastics’ yang kini ditemui dalam organ-organ dalaman manusia.

“Kesan jangka panjang microplastics ke atas kesihatan manusia dan alam sekitar perlu diberikan perhatian serius. Atas kesedaran tersebut Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) bersama Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) telah merintis usaha untuk meminimumkan penggunaan plastik sekali guna.

“Sekolah-sekolah agama berasrama penuh di negeri Perak, diarahkan untuk tidak membenarkan para pelajar menggunakan minuman dan makanan dalam botol dan bungkusan plastik,” titah baginda dipetik Kosmo hari ini (23 Februari).

Gambar sekadar hiasan (Foto: Pexels)

Inisiatif MAIPk dan JAIPk perlu dijadikan contoh

Titah baginda lagi, inisiatif MAIPk dan JAIPk menerapkan budaya mengurangkan penggunaan plastik sekali guna hendaklah dijadikan contoh oleh semua jabatan serta agensi di Perak.

“Jabatan Pendidikan, Jabatan Belia, masjid, surau, rumah-rumah ibadat, NGO (pertubuhan bukan kerajaan), sewajibnya mendidik dan menyemaikan kesedaran dalam kalangan generasi muda untuk mengamalkan budaya hidup lebih sihat dengan mempergiatkan kempen Tidak Menggunakan Plastik Sekali Guna dalam kalangan rakyat Beta,” titah baginda.

Untuk info, penggunaan plastik secara meluas mula dikawal kerana bahan itu mengambil masa antara 400 hingga 1000 tahun untuk terurai.

Di negara ini, antara langkah yang dilakukan dalam mengawal penggunaan plastik adalah dengan beberapa pasaraya akan mengenakan caj tambahan untuk satu plastik kepada pelanggannya.

Gambar sekadar hiasan (Foto: Pexels)

Recent Posts

  • Info
  • Trending

Rupanya Ramai Baru Tahu Bunga Durian Boleh Makan, Uncle Ini Siap Ajar Cara Masak [Video]

Pelbagai jenis masakan yang boleh disediakan menggunakan bunga durian mengikut citarasa masing-masing.

1 hour ago
  • Trending

“Antara 2 Darjat” – 2 Golongan Ini Mandi-manda Pada Waktu Sama Buat Ramai Tersentuh Hati [Video]

Video itu membuktikan bahawa kebahagiaan bukan hanya mampu dimiliki oleh orang-orang kaya sahaja, bahkan mereka…

2 hours ago
  • Trending

Blockout2024: Selepas Dibidas Awal Ashaari, Ini Respon Balas Wardina Safiyyah

Awal Ashaari sebelum ini membidas tindakan Wardina yang meminta warganet menyenaraikan artis yang didakwa mempromosikan…

3 hours ago
  • Trending

“All Eyes On Rafah, Who’s That?” – Ning Baizura Teruk Dikecam, Didakwa Tak Cakna Isu Di Palestin [Video]

Ning Baizura mempersoalkan tentang perkara berkenaan selepas salah seorang pengikutnya memberi komen 'all eyes on…

4 hours ago
  • News
  • Trending

Jumlah Kelahiran Bayi Di Malaysia Semakin Menurun Berbanding Suku Tahun Pertama 2023

Menurut Ketua Jabatan Perangkaan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir setakat suku pertama tahun 2024…

21 hours ago
  • Trending

Anak Gigih Buat Slaid Kerana Mahu Pinjam Kereta Ibu Untuk Bercuti Undang Perhatian [Video]

Jelas Wan, anaknya sebelum ini telahpun meminta izin untuk menggunakan kenderaan miliknya, namun dia belum…

22 hours ago