Kebelakangan ini, pelbagai taktik penipuan (scammer) yang digunakan oleh segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab demi meraih keuntungan dengan mencuri hasil titik peluh individu lain.
Antara taktik scammer popular dan sering didengari adalah seperti panggilan telefon mengenai penghantaran barang yang disekat oleh pihak imigresen dan juga penipuan pelaburan.
Berdasarkan statistik, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuka Kertas Siasatan sebanyak 14,488 bagi kes tipu pelaburan dalam tempoh 5 tahun dan trend ini menunjukkan peningkatan yang ketara dan dijangka akan terus meningkat.
Susulan itu, PDRM menerusi Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) telah bekerjasama dengan Suruhanjaya Sekuriti (SC) untuk membangunkan platform ‘investment checker’.
Pengarah JSJK Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, dalam tempoh 2019 sehingga 2023, jumlah kerugian yang dialami akibat penipuan itu telah mencecah lebih RM1.34 bilion.
“Dalam usaha menangani peningkatan jenayah ini, satu perbincangan antara JSJK dan SC telah diadakan di pejabat JSJK Bukit Aman.
“Melalui perbincangan bersama delegasi SC yang diketuai oleh Pengarah Penguatkuasaannya, Budiman Lutfi Mohamed, satu kesepakatan telah dicapai bahawa satu mekanisma perlu diwujudkan bagi membolehkan masyarakat membuat semakan kesahihan sesuatu tawaran pelaburan.
“Untuk itu, SC telah pun membangunkan ‘investment checker’ yang boleh diakses melalui https://www.sc.com.my/investment-checker,” katanya menerusi satu kenyataan di laman Facebook semalam (22 Februari).
Menurutnya, platform berkenaan dilihat dapat membantu masyarakat untuk membuat semakan kesahihan sesebuah syarikat pelaburan.
“Kedua-dua agensi juga bersetuju untuk terus memberikan komitmen dalam membanteras jenayah penipuan pelaburan melalui kerjasama dari sudut perkongsian maklumat, kepakaran, siasatan dan operasi.
“Kita yakin kerjasama ini akan memacu perubahan yang lebih berkesan dalam pembanterasan kes penipuan pelaburan di negara ini,” katanya.
ZUS Coffee dalam menyatakan bahawa mereka menentang isu pembunuhan beramai-ramai yang berlaku kepada masyarakat Palestin…
Menurut Leona, dia dan bapanya sering berbeza pendapat dalam pelbagai perkara malah dia sendiri sukar…
Menerusi video tersebut kelihatan kereta Axia tersebut terbalik selepas melanggar timbunan objek dipercayai batu tar…
Suspek yang bertopeng dan menyerang Balai Polis Ulu Tiram bagaimanapun berjaya ditembak mati di lokasi…
Menurut Daiyan Trisha, dia bersyukur kerana isu ini telah membawa orang ramai untuk kembali fokus…
Jelas penyanyi nombor satu negara itu, sekiranya seseorang mahu menegur, ia harus dilakukan dengan beradab…