UAI Dedah Haram Hukumnya Jika Bawa Balik Makanan Berlebihan Dari Masjid Tanpa Minta Izin

Bila sebut tentang halal dan haram dalam agama Islam, ia adalah topik yang sangat sensitif kerana boleh mempengaruhi keberkatan rezeki dalam kehidupan seharian.

Lebih membimbangkan lagi jika ada beberapa perkara yang kita terlepas pandang dari segi pengesahan status halal terutamanya melibatkan makanan serta minuman.

Makanan yang halal itu bukan sahaja tidak mengandungi bahan terlarang seperti alkohol dan daging babi, tetapi juga dikaitkan dengan cara ia didapatkan.


UAI Dedah Hukum Bawa Balik Makanan Dari Masjid

Menerusi video dimuat naik di laman TikTok (@cer4mahagama), pendakwah bebas Ustaz Azhar Idrus memberikan penjelasan tentang hukum sekiranya seseorang membawa balik bungkusan makanan yang diambil dari masjid.

Ustaz Azhar Idrus atau juga dikenali sebagai UAI mendedahkan bahawa haram hukumnya jika para jemaah membawa pulang makanan dari masjid tanpa meminta izin kerana pemberian hidangan itu adalah hak orang ramai.

Gambar sekadar hiasan. (Sumber: Terengganu 11)

Walau bagaimanapun, ia tidak dikira haram jika makanan yang dibawa itu adalah lebihan selepas orang ramai sudah mengambilnya.

Pergi masjid tengok ada nasi minyak. Dia pun makan satu, bawa balik satu. Hukumnya haram. Kerana apa? Kerana hak orang ramai. Melainkan jika ada lebih, kalau tak dibawa balik nanti basi dan jadi rosak. Kalau itu, boleh.

Pendakwah bebas Ustaz Azhar Idrus

UAI turut berpesan kepada orang ramai supaya berhati-hati apabila melibatkan makan dan minum kerana akan menjadi darah daging.

Perkara ini dikukuhkan lagi apabila UAI membacakan satu hadis berikut:

كُلُّ لَحْمٍ نَبَتَ مِنْ سُحْتٍ فَالنَّارُ أَوْلَى بِهِ.

Maksudnya: Setiap daging yang tumbuh dari yang haram maka Neraka lebih layak baginya. (HRat-Thabrani dalam Al-Kabir, 19/136; Sahihul Jami’, 3594.)

@apitsenget

#ustaz azhar ,hukum bawa balik makanan dari masjid

♬ سبحان الله – Ali Dawud

Ilmu Baharu Untuk Netizen

Di ruangan komen video berkenaan, sesetengah netizen berpendapat bahawa ilmu yang dikongsikan oleh UAI adalah sesuatu yang bermanfaat.

Pada masa sama, ada juga netizen yang menceritakan pengalaman mereka melihat sendiri beberapa jemaah masjid yang dikatakan membuat perkara sedemikian semasa mengambil bungkusan makanan dari masjid.

Seorang netizen berpendapat bahawa para jemaah masjid perlu bersikap jujur terutamanya mereka yang diberi tanggungjawab untuk menguruskan makanan berkenaan.

“Harus jujur. Biasanya orang tapau di hujung jamuan. Masalah timbul bila tamak, terutamanya orang yang diberi amanah untuk uruskan makanan,” kata netizen.

Sumber: TikTok

Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada orang ramai agar tidak mengambil kesempatan di sebalik hak orang ramai yang perlu diagihkan dengan adil dan jujur.

Baca Artikel Berkaitan: UAI Perjelas Hukum Guna Teknologi Artificial Intelligence (AI) Dalam Islam. Boleh Ke?

Baca Artikel Berkaitan: [Video] UAI Perjelas Haram Orang Dewasa Tidur Dengan Patung Teddy Bear

Baca Artikel Berkaitan: Boleh Ke Terima Orang Belanja Tapi Dari Syarikat Yang Diboikot? Ini Penjelasan Dari UAI

Recent Posts

  • Trending

ZUS Coffee Umum Pendirian Sokong Pembebasan Palestin Dan Menentang Genosid

ZUS Coffee dalam menyatakan bahawa mereka menentang isu pembunuhan beramai-ramai yang berlaku kepada masyarakat Palestin…

15 mins ago
  • Trending

Tak Sependapat Dengan Azhar Sulaiman, Leona Kongsi Pengalaman Ke Palestin

Menurut Leona, dia dan bapanya sering berbeza pendapat dalam pelbagai perkara malah dia sendiri sukar…

20 mins ago
  • Trending

Padah Masuk Lorong Ditutup Untuk Selenggara, Axia Terbalik Di Lebuh Raya [Video]

Menerusi video tersebut kelihatan kereta Axia tersebut terbalik selepas melanggar timbunan objek dipercayai batu tar…

32 mins ago
  • News
  • Trending

Balai Polis Ulu Tiram Diserang, 2 Anggota Maut & Seorang Cedera

Suspek yang bertopeng dan menyerang Balai Polis Ulu Tiram bagaimanapun berjaya ditembak mati di lokasi…

1 hour ago
  • Trending

“Terima Kasih Atas Teguran” – Daiyan Trisha Batalkan Kontrak Dengan Beberapa Jenama Antarabangsa

Menurut Daiyan Trisha, dia bersyukur kerana isu ini telah membawa orang ramai untuk kembali fokus…

2 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

Blockout2024: “Tidak Perlu Sampai Memaki & Memalukan”- Siti Nurhaliza

Jelas penyanyi nombor satu negara itu, sekiranya seseorang mahu menegur, ia harus dilakukan dengan beradab…

19 hours ago