fbpx
Now Reading
Nak Elak Penipuan Pelaburan? Guna Platfrom ‘Investment Checker’ Untuk Semak Kesahihan

Nak Elak Penipuan Pelaburan? Guna Platfrom ‘Investment Checker’ Untuk Semak Kesahihan

Pengarah JSJK Bukit Aman berkata sebanyak RM1.34 bilion kerugian telah direkodkan akibat penipuan pelaburan sepanjang tempoh 5 tahun.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kebelakangan ini, pelbagai taktik penipuan (scammer) yang digunakan oleh segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab demi meraih keuntungan dengan mencuri hasil titik peluh individu lain.

Antara taktik scammer popular dan sering didengari adalah seperti panggilan telefon mengenai penghantaran barang yang disekat oleh pihak imigresen dan juga penipuan pelaburan.

Berdasarkan statistik, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuka Kertas Siasatan sebanyak 14,488 bagi kes tipu pelaburan dalam tempoh 5 tahun dan trend ini menunjukkan peningkatan yang ketara dan dijangka akan terus meningkat.

JSJK dan SC bangunkan platform ‘investment checker’

Susulan itu, PDRM menerusi Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) telah bekerjasama dengan Suruhanjaya Sekuriti (SC) untuk membangunkan platform ‘investment checker’.

Pengarah JSJK Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, dalam tempoh 2019 sehingga 2023, jumlah kerugian yang dialami akibat penipuan itu telah mencecah lebih RM1.34 bilion.

“Dalam usaha menangani peningkatan jenayah ini, satu perbincangan antara JSJK dan SC telah diadakan di pejabat JSJK Bukit Aman.

“Melalui perbincangan bersama delegasi SC yang diketuai oleh Pengarah Penguatkuasaannya, Budiman Lutfi Mohamed, satu kesepakatan telah dicapai bahawa satu mekanisma perlu diwujudkan bagi membolehkan masyarakat membuat semakan kesahihan sesuatu tawaran pelaburan.

“Untuk itu, SC telah pun membangunkan ‘investment checker’ yang boleh diakses melalui https://www.sc.com.my/investment-checker,” katanya menerusi satu kenyataan di laman Facebook semalam (22 Februari).

Platform ‘invesment checker’ dapat bantu membuat semakan kesahihan

Menurutnya, platform berkenaan dilihat dapat membantu masyarakat untuk membuat semakan kesahihan sesebuah syarikat pelaburan.

“Kedua-dua agensi juga bersetuju untuk terus memberikan komitmen dalam membanteras jenayah penipuan pelaburan melalui kerjasama dari sudut perkongsian maklumat, kepakaran, siasatan dan operasi.

“Kita yakin kerjasama ini akan memacu perubahan yang lebih berkesan dalam pembanterasan kes penipuan pelaburan di negara ini,” katanya.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.