Bil Air & Penggunaan Elektrik Kurang 600 kWj Tidak Dikenakan Cukai SST

Sebelum ini, media mengumumkan kadar cukai perkhidmatan akan dinaikkan sebanyak 8% bermula 1 Mac ini.

Namun peningkatan cukai tersebut tidak melibatkan beberapa sektor seperti makanan dan minuman (F&B) serta telekomunikasi.

Pengguna elektrik 600 kWj atau kurang dan bil air tidak dikenakan cukai perkhidmatan 8%

Terbaharu, Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Johan Mahmood Merican memaklumkan lebih daripada 85% pengguna elektrik bulanan 600 kilowatt jam (kWj) serta kurang daripada itu tidak akan dikenakan cukai pada bil elektrik.

Ini kerana, hanya rumah domestik yang menggunakan lebih daripada jumlah tersebut akan dikenakan cukai berkuat kuasa pada 1 Mac.

“Kami tidak menukar peraturan untuk mereka yang dikenakan cukai perkhidmatan, kami hanya ingin menjelaskan bahawa pada maa ini, cukai perkhidmatan (6%) dikenakan ke atas segmen ini (penggunaan elektrik lebih daripada 600 kWj sebulan), yang mana segmennya agak kecil,” ujarnya, lapor Berita Harian.

Menurut beliau, pengguna elektrik komersial serta industri tidak dikenakan cukai tersebut kerana sebelum ini tidak dikenakan cukai tersebut.

Perkara sama juga tidak akan dikenakan terhadap bil air. Selain F&B dan telekomunikasi, ruang parkir kereta serta perkhidmatan logistik yang merangkumi penghantaran barang juga tidak termasuk dalam cukai perkhidmatan sebanyak 8%.

Pertambahan peratus cukai perkhidmatan akan tambah sekitar RM3 bilion kepada kerajaan

Jelasnya lagi, kenaikan cukai perkhidmatan itu bakal membawa tambahan sekitar RM3 bilion kepada kerajaan pada tahun 2025.

Beliau bagaimanapun turut memaklumkan keadaan terkini bukanlah masa yang sesuai untuk mengembalikan semula cukai barang dan perkhidmatan (GST) bagi meningkatkan ekonomi negara.

“Kerajaan akan meneruskan (usaha) mengurangkan defisit fiskal dengan memperkenalkan langkah-langkah secara beransu-ansur, yang boleh meningkatkan hasil kerajaan dan dalam masa yang sama mengurangkan kesan kepada rakyat dan perniagaan.”

Untuk info, bagi cukai barang bernilai tinggi (HVGT) atau sebelum ini dikenali sebagai cukai mewah, jelasnya kerajaan masih lagi membuat penelitian secara terperinci berhubung perkara itu dan akan membuat pengumuman mengenainya dalam waktu terdekat.

Recent Posts

  • Hiburan
  • Trending

Blockout2024: “Tidak Perlu Sampai Memaki & Memalukan”- Siti Nurhaliza

Jelas penyanyi nombor satu negara itu, sekiranya seseorang mahu menegur, ia harus dilakukan dengan beradab…

14 hours ago
  • Trending

Peniaga Jual Nasi Arab Ayam ‘Seekor’ RM35 Tarik Perhatian Ramai [Video]

Menerusi video, turut kelihatan peniaga gerai makan tersebut meletakkan seekor ayam di atas dulang yang…

14 hours ago
  • Trending

“Kesiannya, Dah Lah Tak Banyak” – Ramai Sedih Lihat Harimau Belang Maut Dilanggar Di Bentong [Video]

Kejadian dipercayai berlaku pada awal pagi tadi (16 Mei) sebelum penemuan harimau belang itu dilaporkan…

15 hours ago
  • News
  • Trending

Polis Sahkan Terima Laporan Resit Pesanan Piza Mengandungi Ayat Hina Islam [Video]

Hasil siasatan dilakukan mendapati pihak restoran terbabit menerima pesanan mengandungi ayat menghina Islam menerusi sebuah…

15 hours ago
  • Trending

Risau Pesakit Mungkin Kena Tunggu Lama, Notis Permohonan Maaf Hospital Undang Perhatian

Menurut kenyataan itu, ia berikutan hospital berkenaan berhadapan dengan masalah kekurangan doktor yang kebanyakannya telah…

15 hours ago
  • Automotif
  • Tips
  • Trending

Apa Nak Buat Kalau Kereta Terbakar Ketika Memandu? Ini Langkah-langkah Yang Perlu Diambil [Video]

Lelaki itu turut menasihati pemandu agar tidak kembali ke kenderaan jika semata-mata untuk melihat kebakaran…

17 hours ago