Rumah, Bengkel & 7 Kenderaan Dijilat Api Dalam Kebakaran Di Sungai Petani

Hari ini (29 Februari), satu kejadian kebakaran telah berlaku di Kampung Lebai Man, Sungai Petani telah memusnahkan sebuah rumah, bengkel membaiki kenderaan dan tujuh buah kenderaan.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Petani, Timbalan Penguasa Bomba I Ismail Mohd Zain, pihaknya menerima satu panggilan berhubung kebakaran tersebut pada jam 6.06 pagi.

Sepasukan 12 anggota BBP Sungai Petani diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Muhamad Aslan Yusof telah tiba di lokasi bagi memadam kebakaran yang berlaku.

Ismail berkata operasi memadam kebakaran turut dibantu enam anggota dari BBP Aman Jaya dan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Sungai Petani.

Rumah & Bengkel Hampir Musnah Sepenuhnya

Sejurus tiba di lokasi, operasi pemadaman dilakukan bagi memadam api yang sedang marak di kawasan bengkel dan rumah.

“Sebaik tiba di lokasi, didapati api sedang marak di kawasan bengkel membaiki kenderaan dan rumah berkenaan dan operasi pemadaman terus dilakukan.”

Timbalan Penguasa Bomba I, Ismail Mohd Zain

Kebakaran tersebut turut memusnahkan empah buah kereta dan tiga buah motosikal.

Menurut Ismail, rumah tersebut dianggarkan musnah 90% manakala bengkel pula mengalami 80% kemusnahan, lapor Astro Awani.

Tiada Kemalangan Jiwa

Walau bagaimanapun, beliau memaklumkan bahawa tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan memandangkan mangsa tidak berada di rumah dan bengkel tersebut.

Ismail juga memaklumkan bahawa punca dan kerugian kebakaran tersebut masih disiasat.

Dalam masa sama, pihak bomba memastikan agar tiada sisa kebakaran yang tinggal bagi mengelak kebakaran daripada berlaku semula kerana cuaca kering dan angin kencang.

“Kerja-kerja pemadaman masih dilakukan bagi memastikan tiada sisa kebakaran di tempat kejadian kerana dibimbangi cuaca kering serta angin kencang ketika ini akan mengakibatkan kebakaran semula hasil dari bara api,” maklum Ismail kepada pihak media.

Cegah Kebakaran Di Rumah

Cuaca yang semakin panas meningkatkan risiko kebakaran yang terjadi secara tiba-tiba, terutamanya di kawasan kering.

Berikut merupakan senarai panduan keselamatan kebakaran yang dikongsi oleh pihak bomba bagi membantu dalam pencegahan kebakaran:

  1. Pasang alat pengesan asap di setiap tingkat, terutamanya di siling, di dalam kurungan tangga, bilik tidur dan ruang tamu.
  2. Sediakan dua laluan kecemasan dari setiap bilik yang diketahui semua penghuni rumah.
  3. Jangan merokok sambil berbaring di atas katil semasa berada dalam keadaan mengantuk, mabuk atau setelah mengambil ubat-ubatan yang boleh menyebabkan mengantuk.
  4. Gunakan bekas habuk rokok yang besar dan berat serta pastikan puntung rokok dipadamkan sepenuhnya.
  5. Elakkan membuat penyambungan atau membebankan litar elektrik.
  6. Letakkan mancis dan pemetik api di tempat yang selamat supaya tidak boleh dicapai kanak-kanak.
  7. Simpan bekas-bekas yang mengandungi cecair mudah bakar di tempat yang jauh dan selamat dari punca api.
  8. Jangan biarkan lilin menyala tanpa diawasi.
  9. Sediakan satu unit Alat Pemadam Api jenis debu kering ataupun jenis gas di rumah.

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

ASEAN Travel Passes: AirAsia VS Malaysia Airlines Flypass. Mana Satu Pilihan Anda?

Keseluruhannya yang mana satu lebih berbaloi? Sama ada MHflypass ASEAN oleh MAS atau ASEAN Explorer…

5 hours ago
  • News
  • Trending

Fahmi Fadzil Kesal, Kecam Tindakan Meta Turunkan Artikel Anwar Jumpa Hamas

Menurut Fahmi, akaun Meta Malaysia Gazette telah dinyahaktif sehingga terpaksa membuka akaun baru.

7 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

Blockout2024: Naim Daniel Buat Laporan Polis, Dedah Ibu Bapa Diugut Bunuh

Jelas pelantun lagu Sumpah itu, komen yang dilemparkan telah lari dari objektif asal ciapannya di…

9 hours ago
  • Info
  • Trending

Islam Larang Perbuatan Paksa Orang Melutut Mintak Maaf – Mufti Wilayah Persekutuan

Perbuatan melutut juga bercanggah dengan tuntutan syarak supaya memberi kemaafan dengan berlapang dada.

10 hours ago
  • Trending

Wanita Nekad Gugurkan Kandungan Lepas Tahu Suami Seorang Pedofilia [Video]

Menurut Nur, keputusan itu dibuat setelah anak sulungnya yang berusia 12 tahun mendedahkan perbuatan keji…

10 hours ago
  • Trending

“Bukan Semua Tanggungjawab Kami” – DBKL Jelaskan Fakta Tentang Pokok Di KL Yang Ramai Tak Tahu

Bagi pokok awam yang dijaga oleh DBKL, pihak mereka akan melakukan pemantauan berkala jika berlaku…

11 hours ago