KP Penjara Nafi Najib Dapat Layanan Istimewa [Video]

Semalam (29 Mac) kecoh di media sosial apabila seorang penceramah bebas, Wan Ji Wan Hussin mendakwa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menerima layanan ‘sangat istimewa’ di penjara.

Wan Ji yang yang baru sahaja selesai menjalani hukuman penjara di Kajang berhubung sabitan kes hasutan yang dikaitkan dengan Sultan Selangor pada 2014 mendakwa bekas Ahli Parlimen Pekan itu ditempatkan di satu blok ‘istimewa’ selain diberi pengecualian untuk memakai pakaian biasa berbanding baju banduan.

Kata Wan Ji kepada Malaysiakini, dia sendiri pernah melihat kelibat Najib ketika menjalani hukumannya.

“Kalau ada orang kata Najib tiada dalam penjara, itu tidak betul. Memang dia di Penjara Kajang, hari-hari dia ada di situ. Kecuali kalau dia ada urusan luar seperti perbicaraan di mahkamah.

“Saya biasa nampak dia tak pakai baju banduan macam kita yang lain. Dia pakai biasa sahaja, macam duduk di rumah.

“Bukan pakai sut, tak adalah. Maksudnya dia pakai macam duduk di rumah, saya di situ pakai baju banduan.

“Memang dia istimewa sangat. Bukan (sekadar) istimewa, tapi istimewa sangat,” kata Wan Ji.

Perkara itu yang dikongsikan MalaysiaKini di Twitter kemudiannya tular sehingga menjadi perdebatan hangat.

Tiada banduan dapat layanan istimewa – Ketua Pengarah Jabatan Penjara

Terbaharu Ketua Pengarah Jabatan Penjara Malaysia, Datuk Nordin Muhammad menafikan dakwaan wujudnya layanan istimewa terhadap mana-mana individu yang dipenjara termasuk bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Jelas beliau, semua banduan dilayan sama rata mengikut peraturan dan prosedur operasi standard (SOP) yang sudah ditetapkan.

“Sesiapa sahaja yang menerima hukuman dilayan sama mengikut peraturan ditetapkan.

“Ini termasuklah kepada Najib yang sedang menerima hukuman di Penjara Kajang, beliau tetap tertakluk kepada peraturan dan Akta Penjara 1995,” kata Nordin dipetik Sinar Harian.

Pegawai penjara beri layanan istimewa akan dikenakan tindakan tegas

Menurut Nordin lagi, tindakan tegas akan diambil sekiranya pihaknya mengesan ada pegawai penjara yang melanggar peraturan dengan memberi layanan istimewa kepada banduan.

“Melanggar peraturan ditetapkan adalah perkara yang sama sekali tidak dapat diterima, sekiranya dikesan wujud perbuatan sedemikian, maka tindakan segera diambil.

“Soal ini kami di pihak penjara sama sekali tidak akan berkompromi, asas undang-undang kami sentiasa junjung tinggi,” katanya lagi.

Recent Posts

  • Trending

Tersenarai Dalam ‘Blockout’, Nadhir Nasar Mohon Maaf & Beri Penjelasan

Menurut Nadhir, cubaan menamatkan kontrak sebelum tamat tarikh akan memberikan impak seperti denda, penalti wang…

18 mins ago
  • Trending

“Nak Try Je, Kawan Cakap Lepas” – Tular Wanita Didakwa Edit Resit, Cuba Tipu Peniaga Pasar Malam

Wanita itu berkata bahawa dia jarang berbuat demikian dan hanya ingin mencuba selepas salah sorang…

38 mins ago
  • News
  • Trending

Hujan Lebat Punca Kejadian Kepala Air Di Lata Iskandar – Bomba

Menurut Sabarodzi, tiada mangsa yang terlibat dan tidak menyebabkan berlakunya banjir atau pemindahan penduduk setempat.

50 mins ago
  • Hiburan
  • Trending

“Tahun Terakhir Saya Sebagai Penyanyi” – Aliff Syukri Umum Undur Diri Dari Dunia Nyanyian

Menurut usahawan terkenal itu, dia sudah putus asa dan mahu memberikan peluang kepada artis-artis baharu…

16 hours ago
  • Trending

Lelaki Handsome Bila Berduit? Ini Pendapat Golongan Wanita [Video]

Topik ini mula timbul selepas video seorang influencer TikTok bertanya kepada beberapa individu apakah definisi…

16 hours ago
  • Trending

Kejadian Kepala Air Di Lata Iskandar Cetus Kerisauan Ramai [Video]

Menurut Amsyar, insiden dirakam kira-kira jam 7.40 pagi pada 13 Mei ketika dia menuju ke…

17 hours ago