Rupanya Bukan Cubaan Culik, 2 Warga Asing Tular Cuma Ingin Bantu Kanak-Kanak Naik Eskalator – PDRM

Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini, 29 Mac mengesahkan dua warga asing yang sebelum ini ditahan selepas didakwa cuba melarikan seorang kanak-kanak perempuan di sebuah pasar raya di Klang tidak mempunyai niat untuk menculik.

Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan menerusi satu video sidang media khas berhubung kejayaan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) negeri itu yang dimuat naik di Facebook.

Menurutnya, hasil siasatan dan semakan pada kamera litar tertutup (CCTV) mendapati pada hari kejadian wanita yang juga pengadu bersama anak serta ibu dan adiknya telah pergi ke Klang Sentral untuk membeli barang di sebuah pasar raya.

Pengadu sekeluarga terpaksa berjalan menaiki eskalator rosak

Kata Hussein, bagaimanapun eskalator yang perlu dinaiki untuk ke tingkat pasar raya itu rosak dan mereka sekeluarga perlu berjalan untuk menaikinya.

“Dalam masa yang sama, dua lelaki berbangsa Nepal yang bekerja secara sah di negara ini di sebuah syarikat berhampiran, selepas kerja telah hadir ke pasar raya itu untuk membeli barang keperluan,” katanya.

Warga asing terbabit cuba bantu angkat naik dari eskalator

Namun, ketika kedua-dua warga asing terbabit melihat kanak-kanak itu mengalami kesukaran untuk menaiki eskalator berkenaan, mereka segera datang untuk membantu dengan mengangkatnya.

“Tapi bila mak kanak-kanak itu nampak, mereka terus serah kepada ibunya,” katanya lagi.

Susulan itu, telah berlaku salah faham di antara pengadu dan warga asing terbabit yang disangka ingin membawa lari anaknya.

Malah siasatan pihak berkuasa mendapati tiada satu persiapan untuk menculik kanak-kanak tersebut.

“Tidak ada satu persiapan mereka nak culik budak itu, atau ada kereta tunggu di luar. Apabila pengadu memegang baju, mereka juga tidak lari. Mungkin ia berlaku secara spontan. Ia hanya salah faham.

“Untuk ibu bapa pula, jika anak tiba-tiba diambil oleh orang lain, pasti akan terkejut. Jadi bila dia menjerit berlakunya salah-faham.”

Berkongsi lanjut, beliau berkata pihak polis bagaimanapun akan tetap melengkapkan kertas siasatan berhubung kes tersebut sebelum dirujuk ke pejabat pendakwa raya.

Beliau dalam masa turut menasihatkan orang ramai agar tidak memegang kanak-kanak tidak dikenali tanpa izin dan persetujuan ibu bapa bagi mengelakkan berlakunya salah faham.

Video Sidang Media

Tonton video pada minit 17:03 di bawah:

Warga asing ditahan kerana didakwa cuba larikan bayi perempuan berusia 19 bulan

Terdahulu, dua warga asing dilaporkan ditahan pihak polis di pasar raya NSK Klang Sentrral selepas didakwa cuba melarikan seorang bayi perempuan berusia 1 tahun 7 bulan.

Video insiden terbabit turut tular di media sosial sehingga timbul ketakutan dikalangan ibu bapa.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkata, susulan itu, kedua-dua warga asing terbabit telah mendapat perintah tahanan reman selama tiga hari dari Mahkamah Klang bagi membantu siasatan.

Baca Artikel Berkaitan: Polis Tahan 2 Warga Asing Cuba Larikan Kanak-kanak 19 Bulan Di Sebuah Pasar Raya Di Klang [Video]

Recent Posts

  • Trending

“Pelapis Negara” – Kelincahan Budak 6 Tahun Bermain Badminton Curi Tumpuan Ramai [Video]

Lebih menarik lagi, adik Abu Dabith juga dilihat bijak mengatur strategi dengan menghantar bulu tangkis…

25 mins ago
  • Info
  • Trending

Tak Perlu Cuit Bahu! Ini Cara Untuk Beritahu Orang Lain Untuk Dijadikan Imam [Video]

Menurut lelaki berkenaan, seseorang yang ingin menjadi makmum hanya perlu berdiri bersebelahan individu berkenaan dan…

31 mins ago
  • Info
  • Trending

Perkara Yang Nabi Tak Buat Atau Tinggalkan, Boleh Ke Kita Lakukan? Ini Penjelasan UAI [Video]

Menurut UAI, sekiranya perkara itu haram, Nabi Muhammad SAW akan menjelaskannya untuk dijadikan panduan buat…

3 hours ago
  • Trending

“Bestnya!” – Ramai Teruja Lihat Rumah Terbuka Ada Menu ZUS Coffee [Video]

Apa yang menjadi perhatian adalah menu ZUS Coffee yang dihidangkan secara percuma khusus buat tetamu…

3 hours ago
  • Trending

“Rezeki Teragung”- 16 Tahun Menanti, Pasangan Akhirnya Dikurniakan Zuriat [Video]

Menurut Haznie setelah menanti untuk satu tempoh yang lama akhirnya pada ulang tahun perkahwinan ke-16…

3 hours ago
  • Trending

Tular 4 Individu Selamba Tunggang Motosikal Tanpa Helmet Siap Langgar Lampu Merah [Video]

Rata-rata pengguna media sosial mengecam tindakan lelaki terbabit kerana menunggang secara berbahaya dengan membawa kanak-kanak…

5 hours ago