“Bestnya!” – Ramai Teruja Lihat Rumah Terbuka Ada Menu ZUS Coffee [Video]

Rumah terbuka sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri sememangnya mengujakan ramai pihak. Selain dapat berjumpa saudara-mara atau rakan-rakan, perkara yang paling ditunggu-tunggu adalah menu yang dihidangkan.

Ini kerana selain daripada hidangan menu raya seperti lemang dan rendang, kebanyakan tuan rumah pastinya akan menyediakan menu lain khusus buat tetamu.

Bagi segelintir tuan rumah yang mahukan kelainan, ada yang sanggup menyediakan menu istimewa dan unik hanya untuk tetamu yang hadir.

Rumah Terbuka Hidang ZUS Coffee

Menerusi video yang dikongsikan di akaun TikTok @adrinadelia, wanita berkenaan berkongsi pengalaman menghadiri rumah terbuka salah sebuah jabatan di tempatnya bekerja.

Apa yang menjadi perhatian adalah menu kopi terkenal yang dihidangkan secara percuma khusus buat tetamu yang hadir.

“Open house dekat office yang paling perform,” tulis Adrina.

Malah melalui video tersebut, kelihatan orang ramai beratur untuk mendapatkan minuman percuma itu.

Difahamkan, rumah terbuka berkenaan merupakan anjuran Bahagian Komunikasi Korporat, Tourism Malaysia.

Sebagai info, ZUS Coffee adalah pengeluar kopi tempatan yang semakin menempa nama sejak dilancarkan pada tahun 2019.

@adrinadelia

Openhouse kat office yang paling perfom 🤣

♬ Nikmati Perjalanannya – Chintya Gabriella

Warganet Teruja Ada Menu ZUS Coffee

Video yang telah mendapat lebih 180 ribu tontonan itu nyata menjadi perhatian warganet. Rata-rata daripada mereka teruja dengan menu ZUS Coffee yang dihidangkan secara percuma buat tetamu yang hadir.

Ada juga yang turut berkongsikan pengalaman sama menghadiri majlis rumah terbuka yang menghidangkan menu yang unik.

Malah, ada warganet yang bertanyakan soalan tentang cara untuk menempah kopi jenama berkenaan untuk kenduri atau rumah terbuka.

Berikut antara komen warganet:

Mantap Open House Ni, ZUS Terus Dia Bagi

Best Betul Ada ZUS, Kitaorang Potluck Sendiri Je Kak

Bagitahu Macam Mana Nak Book ZUS Ni

Best Gila Pejabat Kau Kak!

Bestnya Kerja Pejabat Macam Ni

Baca Artikel Berkaitan: Rare! Tetamu Teruja, Pengantin Jamu Air ‘Kayangan’ [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Zus Coffee Anjur ‘Kampung Buatan Malaysia’, Rai Produk Tempatan Bermutu Tinggi Pada 9 September

Recent Posts

  • Trending

Dipercayai Kena Halau Suami, Wanita Bersama Dua Anak Kecil Telah Selamat Sampai Kedah

Menurut aktivis kemasyarakatan Zurianty Sudin, tiga beranak itu dipercayai dihalau suami telah selamat sampai ke…

3 hours ago
  • Info
  • Trending

Harus Hukumnya Orang Islam Hantar Jenazah Non-Muslim Ke Tanah Perkuburan – UAI

Namun menurut Ustaz Azhar Idrus, perbuatan yang termasuk dalam upacara atau kepercayaan agama mereka adalah…

3 hours ago
  • Dunia
  • News
  • Trending

Kemas Kini: Helikopter Terhempas, Presiden Iran & Semua Penumpang Terkorban

Nahas helikopter itu berlaku ketika Raisi dan Amir Abdollahian dalam perjalanan pulang dari upacara pembukaan…

4 hours ago
  • News
  • Trending

Lelaki Mabuk Ditahan Selepas Serang & Cuba Rampas Submesingan Anggota Polis Di Balai

Pergelutan yang berlaku semasa suspek ingin ditahan menyebabkan lelaki itu mengalami kecederaan di bahagian muka…

5 hours ago
  • Trending

“Tak Panas Ke”- Pasangan Kantoi Buat Aksi Jelik Di Atas Jalan

Tindakan tak senonoh pasangan itu yang dipercayai melakukan hubungan seks di atas jalan mengundang kecaman…

5 hours ago
  • Trending

Dituduh Tak Cakna Isu Di Rafah, Ning Baizura Akhirnya Tampil Beri Penjelasan [Video]

Menurut Ning Baizura, dia juga tahu mengenai apa yang berlaku di Palestin, tidak seperti apa…

2 days ago