fbpx
Now Reading
Rare! Tetamu Teruja, Pengantin Jamu Air ‘Kayangan’ [Video]

Rare! Tetamu Teruja, Pengantin Jamu Air ‘Kayangan’ [Video]

Menurut gadis berkenaan, tetamu berpeluang menikmati minuman itu secara percuma di kenduri kahwin itu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Apabila bercakap mengenai majlis perkahwinan atau kenduri kahwin, pasti perkara utama yang terbayang dalam fikiran adalah menu yang sinonim dengan majlis ini antaranya seperti nasi minyak, ayam masak merah dan daging masak hitam.

Sejak kebelakangan ini, kebanyakan kenduri kahwin pasti akan dihidangkan dengan makanan tambahan antaranya seperti cendol, kuih muih, laksa dan menu makanan melayu yang lain.

Namun, lain pula dengan sebuah majlis perkahwinan ini yang menjamu tetamu dengan minuman Starbucks.

Panggil Lori Starbucks, Tetamu Berpeluang Menikmati Air Percuma

Menerusi perkongsian video yang dikongsikan di akaun TikTok @whosdatgirl, dia kelihatan teruja apabila mendapati terdapat sebuah lori Starbucks di majlis perkahwinan rakannya.

Menurut gadis berkenaan, tetamu berpeluang menikmati minuman itu secara percuma di kenduri kahwin itu.

“Kawan baik kata ‘Minuman saiz Grande untuk semua tetamu’,” tulisnya menerusi ruang kapsyen.

@whosdatgirl

Bestie literally said “Grande-sized drink for all guests!”

♬ Rayuan Perempuan Gila – BRANZZ

Perkongsiannya itu nyata menarik perhatian netizen. Video yang telah menerima lebih 1 juta tontonan itu telah menimbulkan persoalan dalam kalangan mereka mengenai pakej harga yang dibayar oleh pihak tuan rumah.

Malah, ada juga yang bertanyakan kepada pemilik video berkenaan tentang harga yang dibayar oleh rakannya, namun, dia juga tidak mengetahui harga sebenar.

Terdapat sebahagian warganet kagum dengan pihak pengantin yang mencipta kelainan menjemput lori Starbucks dan menghidangkannya secara percuma kepada tetamu kerana bagi mereka tidak semua orang mampu berbuat demikian.

Berapa Eh Agak-Agak? Lepas Tu Rasanya Starbucks Bagi Diskaun Tak?

Wahhh Rezeki Dia Lebih, Alhamdulillah

Wehhh Best!

Aku Kahwin Nanti Nak Panggil Lori Milo Je, Lagi Sedap

Untuk info, minuman Starbucks boleh didapati dengan harga serendah RM9.90, bergantung kepada saiz yang dipesan oleh pelanggan.

Namun, harga minuman ini boleh mencecah lebih RM20 sekiranya pelanggan membuat penambahan lain pada minuman seperti krim, perisa, dan lain-lain bagi memberi kelainan pada rasa minuman yang dipesan.

Baca Artikel Berkaitan: Peniaga Jual Air Balang Guna Evian Undang Perhatian Ramai

Baca Artikel Berkaitan: Digelar Sebagai Air Mineral ‘Kayangan’, Kenapa Air Evian Mahal?

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.