Memiliki cahaya mata pastinya menjadi impian setiap insan khususnya bagi pasangan yang sudah berkahwin.
Namun tidak semua mendapat zuriat di awal perkahwinan, ada juga yang diuji apabila perlu menanti bertahun-tahun untuk memiliki anak.
Oleh itu, ramai yang melakukan pelbagai perkara seperti mendapatkan nasihat pakar, menjaga pemakanan untuk berusaha mendapatkan zuriat.
Perkara ini samalah seperti apa yang dilalui oleh pasangan ini apabila mereka sabar menunggu selama 16 tahun untuk mendapatkan zuriat sebelum akhirnya berjaya.
Malah wanita yang dikenali sebagai Haznie Rozleen Haron turut berkongsi dia telah menjalani rawatan kesuburan untuk mendapatkan cahaya mata.
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, awalnya dia menyedari kedatangan haid sedikit lewat sebelum membuat keputusan untuk membeli alat ujian kehamilan di farmasi berdekatan rumah.
Meskipun sebelum ini selalu kecewa dengan keputusan dari ujian kehamilan yang di buat namun Haznie tetap melakukannya selepas merasakan ada perubahan yang luar biasa pada badannya.
Dia kemudian membuat ujian kehamilan dan mendapati ia adalah positif selepas keluar dua garisan merah pada alat berkenaan.
Enggan meletak harapan tinggi, Haznie sekali lagi membuat ujian kehamilan bagi memastikan tiada kesilapan pada alat sebelum ini.
Ujian kedua yang dibuat tetap menunjukkan keputusan positif dan perkara itu membuatkan dia tergamam serta bersyukur atas rezeki yang diberikan oleh Allah SWT.
“Subahanallah, Allahuakbar, tak terkata. Hanya air mataku sahaja yang gugur. Pertama kalinya dalam 16 tahun usia perkahwinanku ujian kehamilan naik dua garisan!
“Allah Maha Besar! Ya Allah, kau makbulkan doa-doaku. Menangis sepuasnya di malam dengan penuh kesyukuran,” katanya dalam video tersebut.
Haznie yakin rezeki yang dimiliki itu adalah atas kehendak Allah SWT. Malah sepanjang perkahwinan dia reda serta pernah bernekad untuk mengambil anak angkat.
Namun Allah SWT berikan rezeki zuriat sendiri sebelum dia sempat menghantar borang permohonan untuk mengambil anak angkat.
Haznie turut berkongsi momen indah sewaktu dia memaklumkan kepada suami mengenai khabar gembira tersebut.
“Akhirnya tibalah masanya air mata ayah (suami) pula gugur, masa ni kami bersiap nak keluar ke rumah terbuka. Ibu (Haznie) ambil peluang rakam memori terindah kami.
“Perjuangan sabar 16 tahun kami, Allah hadiah kami rezeki teragung yang sangat indah. Hari ini jugalah hari gugurnya air mata kesedihan, kegembiraan untuk dua buah keluarga, rakan baik ibu dan juga insan terdekat.”
Dalam video kelihatan si suami memeluk Haznie dengan erat sebaik mengetahui isterinya kini berbadan dua (mengandung).
Mereka turut melakukan rawatan lanjut di sebuah klinik Dr Ana dan dapat mendengar janin di dalam perut sudah mempunyai ‘heartbeat’. Perkara itu sekali lagi membuatkan pasangan berkenaan mengalirkan air mata.
Haznie turut meminta orang ramai untuk mendoakannya dan bayi dalam kandungan sentiasa sihat.
Melihat di ruangan komen ramai yang turut sebak mendengar perjuangan pasangan ini dalam mendapatkan cahaya mata.
Malah ada juga yang meminta agar Haznie serta wanita yang sudah bergelar ibu untuk turut mendoakan mereka yang juga pejuang dua garis.
Menurut aktivis kemasyarakatan Zurianty Sudin, tiga beranak itu dipercayai dihalau suami telah selamat sampai ke…
Namun menurut Ustaz Azhar Idrus, perbuatan yang termasuk dalam upacara atau kepercayaan agama mereka adalah…
Nahas helikopter itu berlaku ketika Raisi dan Amir Abdollahian dalam perjalanan pulang dari upacara pembukaan…
Pergelutan yang berlaku semasa suspek ingin ditahan menyebabkan lelaki itu mengalami kecederaan di bahagian muka…
Tindakan tak senonoh pasangan itu yang dipercayai melakukan hubungan seks di atas jalan mengundang kecaman…
Menurut Ning Baizura, dia juga tahu mengenai apa yang berlaku di Palestin, tidak seperti apa…