Baru-baru ini Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal telah memaklumkan beliau telah ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), Kota Kinabalu pada pagi tadi (5 April).
Perkara itu dimaklumkan oleh Akmal menerusi satu hantaran video di TikTok rasminya.
Beliau kemudian selesai memberi keterangan selama lebih dua jam dan keluar daripada IPD Kota Kinabalu sekitar jam 12 tengah hari tadi. Menurut Dr Akmal, beliau telah menerima panggilan untuk memberi keterangan pada Jumaat.
“Di peringkat awalnya telah diatur esok kerana saya ke Sabah tetapi sebaik sampai di Kota Kinabalu dapat satu panggilan perlu diambil keterangan pada hari ini.
“Saya kata tak ada masalah untuk diambil kenyataan dan saya pun keluar dari imigresen dan saya terus diambil dibawa terus ke IPD.
“Alhamdulillah kenyataan telah (diambil berkaitan) ada satu laporan terhadap saya atas Akta Hasutan yang menyatakan ada satu video ceramah saya di Kelantan,” jelasnya, lapor Sinar Harian.
Kata Ketua Pemuda UMNO itu beliau telah meneliti video terbabit dan berpendapat tiada ungkapan berunsur hasutan yang dikeluarkan serta menyerahkan segalanya kepada polis untuk menjalankan siasatan.
Walau bagaimanapun, Akmal dalam satu kenyataan akhbar dilaporkan Sinar Harian turut mempersoalkan mengapa beliau perlu memberi keterangan di negeri bawah bayu tersebut walhal tiada apa-apa kenyataan dikeluarkan di Sabah.
Jelas Akmal, beliau berkunjung ke Sabah kerana perlu menghadiri program berbuka puasa dengan pemimpin UMNO yang kebiasaannya dianjurkan di setiap negeri dan Sabah merupakan destinasi akhir untuk program tersebut.
Kehadirannya ke negeri itu juga bukan untuk melakukan sebarang gangguan mahupun mendatangkan masalah.
“Tiada langsung laporan dari Sabah, tidak ada langsung apa-apa kenyataan dari Sabah, semuanya berlaku di Semenanjung jadi kami datang di sini atas program Pemuda UMNO. Kami datang dengan tenang, jadi saya rasa kita tidak mengganggu sesiapa di sini jadi tiada masalah.
“Saya hairan kenapa mereka tidak dapat tunggu saya balik ke semenanjung sebab sudah ditetapkan.
“Laporan itu di Kuala Lumpur jadi saya pun tertanya-tanya kenapa perlu cepat, apa yang penting sangat, bukan saya tak balik, saya balik dan kita dah bagi komitmen tapi nak juga.”
Beliau bagaimanapun ketika disoal adakah akan hadir untuk beri keterangan di IPD Dang Wangi, Akmal menjelaskan dia bersedia untuk memberi kerjasama sepenuhnya kepada polis untuk melakukan siasatan serta menyifatkan dia tidak gentar.
Walau bagaimanapun belum lagi reda isu penahanan beliau, Akmal sekali lagi dipanggil semula IPD Kota Kinabalu dipercayai untuk menjawab beberapa soalan tambahan daripada polis.
Jelas penyanyi nombor satu negara itu, sekiranya seseorang mahu menegur, ia harus dilakukan dengan beradab…
Menerusi video, turut kelihatan peniaga gerai makan tersebut meletakkan seekor ayam di atas dulang yang…
Kejadian dipercayai berlaku pada awal pagi tadi (16 Mei) sebelum penemuan harimau belang itu dilaporkan…
Hasil siasatan dilakukan mendapati pihak restoran terbabit menerima pesanan mengandungi ayat menghina Islam menerusi sebuah…
Menurut kenyataan itu, ia berikutan hospital berkenaan berhadapan dengan masalah kekurangan doktor yang kebanyakannya telah…
Lelaki itu turut menasihati pemandu agar tidak kembali ke kenderaan jika semata-mata untuk melihat kebakaran…