Tular Orang Awam Gagalkan Cubaan Ragut, Siap Bantu Cekup Seorang Suspek [Video]

Tindakan pantas orang awam telah berjaya menghalang cubaan dua lelaki untuk meragut seorang wanita di tepi jalan di Taman Desa Wira, Batu Kawa, Kuching.

Menerusi rakaman ‘dashcam’ semasa insiden yang tular di media sosial turut memaparkan salah seorang daripada peragut terbabit berjaya dicekup.

Mangsa wanita cuba diragut ketika sedang jalan seorang diri

Difahamkan, kejadian berlaku kira-kira jam 7.45 pagi semalam (22 April) ketika mangsa yang berusia lewat 50-an berjalan kaki seorang diri sebelum dihampiri dua lelaki menaiki sebuah motosikal yang cuba untuk meragut beg sandangnya.

Pemangku Ketua Polis Daerah Padawan, Deputi Superintendan Lim Jaw Shyong berkata, ketika mangsa bergelut untuk mempertahankan begnya daripada dilarikan suspek, sebuah kereta tiba-tiba memberhentikan kenderaan di hadapan motosikal suspek.

“Salah seorang suspek bersama motosikal berjaya ditahan, manakala seorang lagi melarikan diri,” katanya dalam kenyataan semalam dipetik Berita Harian.

Orang awam berjaya tahan suspek pertama, suspek kedua ditahan polis pada petang sama

Menurutnya, suspek berusia lingkungan 20-an yang ditahan oleh orang awam itu kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Ujar Jaw Shyong, manakala seorang lagi suspek berjaya ditahan kira-kira jam 5 petang pada hari yang sama di Jalan Lapangan Terbang Lama, Kuching oleh sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Padawan.

“Suspek mengaku sebagai penunggang motosikal yang telah berjaya melarikan diri ketika rakannya ditahan,” katanya lagi.

Mangsa ragut hanya cedera ringan, suspek ada rekod lampau

Menurutnya lagi, mangsa hanya mengalami kecederaan ringan iaitu sedikit luka dan calar semasa pergelutan.

“Kedua-dua suspek akan direman pada hari ini (23 April) di Mahkamah Kuching bagi siasatan lanjut,” jelasnya.

Berkongsi lanjut, beliau berkata kedua-dua suspek juga mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah.

“Kita mengucapkan terima kasih atas tindakan orang awam terbabit dan mengalu-alukan apa juga bentuk maklumat yang dapat membantu pihak polis,” katanya lagi.

Difahamkan, kes terbabit disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

Tular video dashcam tindakan pantas pemandu kereta halang cubaan samun

Terdahulu, tular di media sosial rakaman ‘dashcam’ yang memaparkan tindakan pantas dua buah kereta menahan motosikal yang ditungganggi dua peragut ketika cuba meragut seorang wanita.

Pemilik ‘dashcam’ berkenaan bertindak membunyikan hon selepas menyedari kejadian itu sebelum menghampiri suspek dan mangsa.

Recent Posts

  • Trending

Islam Tidak Merestui Perbuatan Atau Penganjuran ‘Speed Dating’ – Mufti Pulau Pinang

Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…

19 hours ago
  • News
  • Trending

KPN Sahkan Suspek Kes Serangan Balai Polis Ulu Tiram Anggota JI, 7 Individu Ditahan

Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…

19 hours ago
  • Trending

“Mentaliti Rendah” – Pemandu Parkir Kereta Di Selekoh & Pejalan Kaki Dikecam

Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…

19 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

Fatiya Latiff Dedah Hidap Skizofrenia, Mohon Maaf Pada Ibu Dalam Ucapan Hari Jadi

Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.

20 hours ago
  • Trending

“Tak Perlu 8 Bulan”- Dr Akmal Saleh Bantu Selesai Masalah Ketiadaan Meja & Kerusi Dalam Tempoh 24 Jam [Video]

Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…

20 hours ago
  • Trending

“Siap Boleh Setting Brightness” – Wireman Kreatif Guna ‘Fan Regulator’ Jadi Suis Lampu [Video]

Cahaya lampu pendarflour itu boleh diubah mengikut mood di dalam rumah seperti ingin bersantai, bersembang…

20 hours ago