Terbaharu, satu kemalangan telah dilaporkan berlaku melibatkan dua buah helikopter milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang dipercayai bertembung pada pagi hari ini (23 April).
Kejadian tersebut berlaku di ruang udara sekitar Lumut, Perak melibatkan sebuah helikopter jenis AW139 dan helikopter Fennec.
Menerusi video dimuat naik di laman X (@Marchforward), kemalangan itu berlaku apabila dua buah helikopter berkenaan berlanggar antara satu sama lain ketika membuat penerbangan.
Kemalangan tersebut dipercayai melibatkan 10 orang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan laporan awal mendapati bahawa terdapat kematian berhubung kes terbabit.
Berdasarkan sumber, POA Barat telah menerima maklumat daripada Mk Udara pada jam 9:45 pagi tentang kemalangan yang berlaku semasa Latihan Lintas Hormat Sambutan HUT TLDM Ke-90.
Kedua-dua pesawat telah berlepas dari Padang Sitiawan pada 9:03 pagi sebelum terhempas Pesawat HOM telah terhempas di tangga Stadium TLDM Lumut manakala pesawat Fennec pula jatuh di kolam renang Komplek Sukan TLDM Lumut.
Susulan kejadian itu, pihak bomba, 96 anggota Hospital Angkatan Tentara (HAT) serta Protela telah dikejarkan ke lokasi kejadian.
Dalam pada itu TLDM menerusi satu kenyatan akhbar turut mengesahkan insiden berkenaan yang melibatkan 10 anggota iaitu tujuh (7) kru HOM dan tiga (3) kru Fennec.
Cawangan Komunikasi Strategi TLDM turut mendedahkan bahawa kesemua mangsa terkorban dan tiada yang terselamat.
“Kesemua mangsa disahkan terkorban di tempat kejadian dan dihantar Ke Hospital Angkatan Tentera Pangkalan TLDM Lumut untuk proses pengecaman.”
Menerusi kenyataan sama, satu Lembaga Siasatan akan ditubuhkan bagi mengenal pasti punca kejadian.
Mereka dalam masa sama turut memohon orang ramai agar tidak menularkan video insiden demi menjaga sensitiviti keluarga dan proses penyiasatan.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menzahirkan rasa dukacita dengan tragedi tersebut.
Jelas beliau, tragedi ini ternyata memberi kesan yang mendalam kepada keluarga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan kehilangan besar buat negara.
Menurut Ning Baizura, dia juga tahu mengenai apa yang berlaku di Palestin, tidak seperti apa…
Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…
Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…
Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…
Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.
Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…