Kekecohan Semasa Pengebumian Pegawai TLDM: Kemalangan 2 Kenderaan Jadi Punca – PDRM

Sejak semalam (24 April), tular di media sosial beberapa video yang memaparkan satu kekecohan semasa upacara pengebumian salah seorang mangsa nahas helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Masjid Jamek Sungai Nibong, Pulau Pinang.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun X @update11111, kelihatan orang ramai dalam keadaan marah telah mengerumuni sebuah kenderaan yang dinaiki seorang lelaki dan wanita.

Kekecohan didakwa tercetus selepas pemandu bunyikan hon kereta

Kekecohan didakwa tercetus selepas pemandu kenderaan terbabit membunyikan hon dan meredah jalan ketika orang ramai sedang memberi penghormatan terakhir kepada jenazah Allahyarham Komander Muhammad Firdaus yang sedang dibawa untuk dikebumikan.

Dalam satu video berasingan, kelihatan cermin tingkap di bahagian pintu pemandu kereta berkenaan juga berada dalam keadaan pecah.

Polis terkesan dengan penularan video dan telah terima laporan

Terbaharu, polis mengesahkan telah menerima satu laporan mengenai kejadian yang dipercayai berlaku di Jalan Sultan Azlan Shah, Pulau Pinang.

Menurut Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Razlan Ab Hamid, pihaknya telah menerima satu laporan daripada pemandu lelaki tempatan berusia 46 tahun.

Pemandu terlanggar motosikal sebelum dikerumuni orang ramai

Menurutnya, siasatan awal mendapati kejadian berlaku sekitar jam 7.45 petang ketika pemandu terbabit yang melalui jalan raya berkenaan telah terlanggar sebuah motosikal di bahagian kanan keretanya.

“Pada masa sama, pengadu mendapati ramai orang awam telah mengepung keretanya dan dia telah tertekan hon akibat berasa panik dengan kejadian ketika itu.

“Tiba-tiba kereta pengadu telah dikerumuni oleh orang ramai dan keretanya juga mengalami sedikit kerosakan,” katanya.

Kekecohan berjaya dileraikan anggota polis dan TLDM

Bagaimanapun kekecohan itu berjaya dileraikan oleh anggota polis dan TLDM yang berada di tempat kejadian.

“Untuk maklumat, semasa kejadian tersebut berlaku, sedang berlangsungnya upacara pengebumian Pegawai Memerintah Squadron 503 TLDM dan pengadu mengaku bahawa dia tidak tahu tentang upacara tersebut serta secara tidak sengaja telah tertekan hon kereta,” katanya lagi.

Berkongsi lanjut, Razlan turut menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kes tersebut sehingga boleh menggugat dan menjejaskan siasatan pihak polis.

Jelas beliau, kes terbabit disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat.

Recent Posts

  • Trending

Dituduh Tak Cakna Isu Di Rafah, Ning Baizura Akhirnya Tampil Beri Penjelasan [Video]

Menurut Ning Baizura, dia juga tahu mengenai apa yang berlaku di Palestin, tidak seperti apa…

4 hours ago
  • Trending

Islam Tidak Merestui Perbuatan Atau Penganjuran ‘Speed Dating’ – Mufti Pulau Pinang

Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…

1 day ago
  • News
  • Trending

KPN Sahkan Suspek Kes Serangan Balai Polis Ulu Tiram Anggota JI, 7 Individu Ditahan

Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…

1 day ago
  • Trending

“Mentaliti Rendah” – Pemandu Parkir Kereta Di Selekoh & Pejalan Kaki Dikecam

Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…

1 day ago
  • Hiburan
  • Trending

Fatiya Latiff Dedah Hidap Skizofrenia, Mohon Maaf Pada Ibu Dalam Ucapan Hari Jadi

Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.

1 day ago
  • Trending

“Tak Perlu 8 Bulan”- Dr Akmal Saleh Bantu Selesai Masalah Ketiadaan Meja & Kerusi Dalam Tempoh 24 Jam [Video]

Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…

1 day ago