Rakyat Malaysia Di Tempat Ke-8 Dunia Paling Tinggi ‘Screen Time’, Purata Tonton 121 Video TikTok Setiap Hari!

Penggunaan alatan elektronik berskrin seperti telefon pintar, televisyen dan komputer telah menjadi ruji harian masyarakat masa kini.

Dengan kewujudan platform dalam talian, orang ramai boleh mendapatkan pelbagai berita dan maklumat tanpa perlu menyelak helaian buku atau surat khabar.

Namun begitu, kemudahan teknologi ini juga datang dengan keburukan, iaitu ketagihan terhadap penggunaan skrin.

Dunia Meluangkan Masa Lebih Suku Hari Menghadap Skrin

Berdasarkan laporan oleh Electronics Hub, masyarakat dunia menghabiskan purata masa sebanyak 6 jam 43 minit menghadap skrin, sama ada telefon bimbit, televisyen mahupun komputer.

Menggunakan data dari Datareportal’s Digital 2024: Global Overview Report, dapatan dikira berdasarkan jumlah masa yang dihabiskan melihat skrin serta hubungannya dengan jumlah waktu mereka berjaga setiap hari. Setiap individu secara puratanya menghabiskan masa tiga minit lebih berbanding tahun lepas untuk menonton skrin.

Foto: Unsplash

Afrika Selatan Paling Ketagih Skrin

Analisis data mendapati rakyat Afrika Selatan yang paling banyak menghabiskan masa melihat skrin, dengan purata 56.8% daripada jumlah waktu berjaga. Ini adalah bersamaan dengan 9 jam dan 24 minit sehari.

Malah, penduduk di Afrika Selatan merupakan pengguna telefon pintar paling tegar, dengan menghabiskan masa lebih lima jam, atau 31.7% daripada jumlah waktu berjaga sehari. Mereka juga paling banyak menggunakan media sosial berbanding negara lain, iaitu selama 3 jam 41 minit sehari.

Brazil berada di tempat kedua setelah Afrika Selatan, menghabiskan masa selama 9 jam 13 minit (54.7%) melihat skrin setiap hari. Ini diikuti negara Filipina dengan jumlah masa 8 jam 52 minit (52.3%).

Foto: Unsplash

Malaysia Di Tempat Ke-8 Keseluruhan

Berdasarkan laporan tersebut, Malaysia didapati berada di tempat kelapan negara paling ‘ketagih’ dengan skrin, iaitu sebanyak 8 jam 17 minit sehari. Jumlah ini adalah hampir separuh waktu berjaga purata rakyat Malaysia.

Tidak mengejutkan juga apabila negara kita berada antara sepuluh negara paling banyak meluangkan masa menatap skrin telefon, iaitu sekitar 4 jam setengah.

Malah, Malaysia berada di tempat kesepuluh (bersama Kanada) negara paling banyak melihat TikTok iaitu sebanyak 121 video sehari!

Sumber: Electronicshub.org

Bagi komputer pula, Malaysia berada di tempat kesembilan, menghabiskan masa hampir empat jam sehari. Berbanding negara lain, penduduk Malaysia tidak terlalu banyak menonton televisyen atau bermain permainan video.

TikTok merupakan aplikasi kedua paling banyak dimuat turun seluruh dunia pada tahun 2023. (Foto: Pexels)

Negara Barat Paling Gemar Tonton TV

Laporan sama turut menyenaraikan rakyat Amerika Syarikat paling banyak menonton televisyen berbanding negara lain, iaitu sebanyak 4 jam 39 minit. Malah, kebanyakan negara barat seperti United Kingdom, Perancis, Australia dan Kanada turut menghabiskan masa lebih 20% daripada waktu berjaga untuk menonton televisyen.

Dari segi penggunaan komputer, penduduk Rusia paling banyak menghabiskan masa dengannya, iaitu selama 4 jam 29 minit (27%). Laporan menyatakan bahawa negara itu sedang mengalami pengurangan penghantaran telefon pintar disebabkan peperangan di Ukraine.

Di Arab Saudi, penduduknya lebih gemar bermain permainan video, menumpukan masa 1 jam 43 minit setiap hari, yang bersamaan dengan 10% waktu berjaga. Kerajaannya telah membelanjakan berbilion-bilion ke atas syarikat game dan esports. Untuk perbandingan, Malaysia pula hanya meluangkan purata masa sekitar sejam untuk bermain game.

Foto: Unsplash

Recent Posts

  • Trending

Islam Tidak Merestui Perbuatan Atau Penganjuran ‘Speed Dating’ – Mufti Pulau Pinang

Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…

19 hours ago
  • News
  • Trending

KPN Sahkan Suspek Kes Serangan Balai Polis Ulu Tiram Anggota JI, 7 Individu Ditahan

Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…

19 hours ago
  • Trending

“Mentaliti Rendah” – Pemandu Parkir Kereta Di Selekoh & Pejalan Kaki Dikecam

Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…

19 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

Fatiya Latiff Dedah Hidap Skizofrenia, Mohon Maaf Pada Ibu Dalam Ucapan Hari Jadi

Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.

20 hours ago
  • Trending

“Tak Perlu 8 Bulan”- Dr Akmal Saleh Bantu Selesai Masalah Ketiadaan Meja & Kerusi Dalam Tempoh 24 Jam [Video]

Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…

20 hours ago
  • Trending

“Siap Boleh Setting Brightness” – Wireman Kreatif Guna ‘Fan Regulator’ Jadi Suis Lampu [Video]

Cahaya lampu pendarflour itu boleh diubah mengikut mood di dalam rumah seperti ingin bersantai, bersembang…

20 hours ago